PERADUAN GARDENIA

HARI HARI TUAH PUN MARI MARI 2026

TERMA & SYARAT

Peraduan Gardenia Hari-Hari Tuah Pun Mari-Mari 2026 (“Peraduan”) dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (“Pihak Penganjur”). Dengan menyertai Peraduan ini, anda (“Peserta”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma & Syarat yang tertera seperti berikut: 

Pihak Penganjur

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Peraduan

Peraduan Gardenia Hari-Hari Tuah Pun Mari-Mari 2026

Tempoh Peraduan

a. Peraduan ini berlangsung dari 1 Januari 2026 hingga 15 Februari 2026.

b. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada 15 Februari 2026. Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan ini akan dibatalkan secara automatik.

c. Untuk penyertaan mingguan, Penganjur akan menerima penyertaan pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada tarikh akhir setiap “Minggu Peraduan” seperti yang tertera di bawah:

  • Minggu Peraduan 1: 1 Januari 2026 – 10 Januari 2026;
  • Minggu Peraduan 2: 11 Januari 2026 – 17 Januari 2026;
  • Minggu Peraduan 3: 18 Januari 2026 – 24 Januari 2026;
  • Minggu Peraduan 4: 25 Januari 2026 – 31 Januari 2026;
  • Minggu Peraduan 5: 1 Februari 2026 – 7 Februari 2026;
  • Minggu Peraduan 6: 8 Februari 2026 – 15 Februari 2026;

Kelayakan

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang menetap dan beralamat tempat tinggal di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Peraduan, kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal / pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan / perhubungan yang terlibat dalam Peraduan ini.

Produk Yang Turut Serta & Jumlah Penyertaan Peraduan Yang Layak

a. Para Peserta harus membeli mana-mana “Produk Yang Turut Serta” dengan bilangan yang ditetapkan untuk menerima jumlah penyertaan Peraduan seperti jadual di bawah.

Bilangan Yang Diperlukan

Produk Yang Turut Serta (sebarang variasi)

Jumlah Penyertaan Peraduan

1 Buku

Gardenia Original Classic Roti Putih (400g)

1 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Original Classic Jumbo Roti Putih (600g)

1 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Breakthru Roti Bran & Germa Gandum

2 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Breakthru Roti Gandum Penuh

2 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Toast’em Roti Choco Perfecto

2 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Toast’em Roti Butterscotch

2 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Toast’em Roti Coklat Kismis

2 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Toast’em Roti Mentega Kismis

2 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Toast’em Roti Pandan Kelapa

2 Penyertaan

1 Buku

Gardenia Gourmet Selections Roti Sommerset Cottage

1 Penyertaan

1 Pek

Gardenia Original Classic Roti Frankfurter

1 Penyertaan

1 Pek

Gardenia Roll-Up Wraps Klasik / Mil Penuh / Bawang Putih

1 Penyertaan

1 Pek

Gardenia Fluffy Buns Coklat Malt / Kastard Jagung / Kacang Merah Adzuki

1 Penyertaan

1 Pek

Gardenia PUAZZ! Kari Ayam / Sambal Royale

1 Penyertaan

2 Pek

Gardenia PUAZZ! Sambal Bilis / Ayam Lada Hitam

1 Penyertaan

2 Pek

Gardenia Twiggies Choc-a-lot / Cream Dream Vanilla / Tiramisu / Peanut Butter Bounce

1 Penyertaan

2 Pek

Gardenia Squiggles Choco Malto / Funky Strawberry

1 Penyertaan

2 Pek

Gardenia Toast’em Wafel Vanila / Coklat / Beri Biru

1 Penyertaan

3 Pek

Gardenia QuickBites Gold Roti Krim Black Forest / Karamel Masin / Coklat Kacang Hazel / Pandan Gula Melaka, Gardenia QuickBites Roti Krim Jagung / Vanila / Butter Sugar / Coklat / Strawberi / Durian

1 Penyertaan

b. Peserta dibenarkan membeli mana-mana variasi dalam kategori produk yang sama tetapi pencampuran kategori produk yang berbeza tidak dibenarkan. Sebagai contoh:

  •   Layak: 1 pek Gardenia PUAZZ! Sambal Bilis & 1 pek Gardenia PUAZZ! Ayam Lada Hitam = 1 penyertaan.
  •   Tidak layak: 1 pek Gardenia PUAZZ! Sambal Bilis & Gardenia Twiggies Tiramisu = 0 penyertaan.


c. Pembelian pelbagai Produk Yang Turut Serta dalam satu resit pembelian dibenarkan dan jumlah penyertaan Peraduan yang layak akan diberikan secara belakang tabir.

Cara-Cara Penyertaan

a. Beli produk yang turut serta dengan bilangan yang ditetapkan seperti jadual di atas dalam satu resit pembelian semasa Tempoh Peraduan secara luar talian sahaja (in-store) dari mana-mana peruncit atau kedai di Semenanjung Malaysia sahaja. 

b. Imbas kod QR yang tersedia atau layari www.gardeniahariharituahmari.com.

c. Lengkapkan borang penyertaan dalam talian (online) dan lampirkan gambar seluruh resit pembelian yang jelas. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tepat.

d. Jawab satu soalan: Adakah Ban Sambal Royale Gardenia PUAZZ! mengandungi sambal ikan bilis?  (Ya / Tidak).

e. Klik ‘Hantar’. Penyertaan anda diterima oleh Penganjur apabila anda menerima notifikasi bahawa penyertaan anda berjaya dihantar.

f. Simpan resit pembelian asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan yang dihantar sebagai “Bukti Pembelian”.

g. Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan Bukti Pembelian yang berlainan.

h. Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan Bukti Pembelian yang sama kepada Penganjur.

i. Sekiranya Bukti Pembelian yang sama diterima oleh Penganjur dalam pelbagai penyertaan, penyertaan yang paling awal diterima akan diambil kira. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menolak mana-mana penyertaan selepas itu dengan Bukti Pembelian yang sama, sama ada dengan nama Peserta yang lain atau sebaliknya.

Hadiah-hadiah Peraduan

Terdapat sebanyak 200 hadiah untuk dimenangi dalam Peraduan ini:

Hadiah Pertama

1 Pemenang x 5 x 10g Jongkong emas

Hadiah Kedua

9 Pemenang x 1 x 10g Jongkong emas setiap satu

Hadiah Ketiga

10 Pemenang x 1 x 5g Jongkong emas setiap satu

Hadiah Mingguan

30 Pemenang x 1 x RM220.00 PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet setiap satu x 6 Minggu Peraduan (Sejumlah 180 Hadiah Mingguan keseluruhan untuk dimenangi)

Setiap peserta layak untuk memenangi maksimum dua (2) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan:

1 x Hadiah Mingguan dan 1 x Hadiah Pertama, atau

1 x Hadiah Mingguan dan 1 x Hadiah Kedua, atau

1 x Hadiah Mingguan dan 1 x Hadiah Ketiga.

Perincian Pengadilan

Penyertaan yang diterima akan disemak dan disahkan berdasarkan perkara-perkara berikut:

a. Semua maklumat yang diminta dan diperlukan dalam borang penyertaan dalam talian (online) diisi dengan betul dan tepat.

b. Gambar Bukti Pembelian yang dilampirkan menunjukkan dengan jelas Produk Yang Turut Serta dan bilangan yang dibeli, nombor resit, tarikh resit dalam Tempoh Peraduan, nilai pembelian dan nama kedai.

c. Hanya resit-resit pembelian yang asal dan sah dengan maklumat dan butiran produk yang jelas dan lengkap akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, dicetak semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau kesilapan lain atau cetakan tidak jelas atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana resit tidak sah tersebut tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

d. Resit-resit manual atau tulisan tangan, resit e-dagang, pesanan pembelian dan nota penghantaran tidak akan diterima sebagai bukti pembelian.

Cara Pemilihan Pemenang

a. Hadiah Mingguan x 30 pemenang x 6 Minggu Peraduan 

Pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dibahagikan dengan 30.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 10,255 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 30.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 336. Maka penyertaan layak ke-336, ke-672, ke-1,008 dan seterusnya sehingga ke-10,080 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Mingguan setiap satu untuk Minggu Peraduan tersebut. 

b. Hadiah Pertama x 1 pemenang

Pemenang Hadiah Pertama yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 2. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 45,555. Maka penyertaan layak ke-45,555 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Pertama.

c. Hadiah Kedua x 9 pemenang

Pemenang Hadiah Kedua yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 9.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 9.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 9,590. Maka penyertaan layak ke-9,590, ke-19,180, ke-28,770 dan seterusnya sehingga ke-86,310 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Kedua.

d. Hadiah Ketiga x 10 pemenang

Pemenang Hadiah Ketiga yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 10.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 8,677. Maka penyertaan layak ke-8,677, ke-17,354, ke-26,031 dan seterusnya sehingga ke-86,770 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Ketiga setiap satu.

e. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui nombor telefon agensi promosi 017-6754410. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

f. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar kepada pihak Penganjur semua resit asal, salinan kad pengenalan dan butiran akaun bank (jika berkenaan) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan. Sekiranya gagal, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. 

g. Pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan selepas setiap Minggu Peraduan tamat manakala pemenang-pemenang lain akan diumumkan selepas tamat Tempoh Peraduan di https://www.facebook.com/GardeniaKL dan https://www.instagram.com/gardenia_kl.

Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah

a. Hadiah akan diproses untuk dihantar kepada atau dituntut oleh pemenang dalam tempoh 6-8 minggu selepas tamat Tempoh Peraduan. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini diatas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.

b. Pemenang Hadiah Pertama akan menerima satu surat tuntutan hadiah dan dikehendaki untuk menuntut hadiah di ibu pejabat HABIB yang beralamat di HABIB Jewels Sdn. Bhd., Lot 106, Lorong Mamanda 2, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor, pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur. Gambar penerimaan hadiah akan diambil dan disiarkan di laman sosial media Penganjur.

c. Pemenang-pemenang Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga akan menerima satu surat tuntutan hadiah dan pemenang dikehendaki menuntut hadiah masing-masing dari cawangan HABIB yang ditetapkan dalam tempoh masa yang diberikan.

d. Semua Hadiah Mingguan iaitu PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet akan dihantar kepada pemenang melalui WhatsApp kepada nombor telefon pemenang yang diberikan dalam penyertaan Peraduan. Penggunaan PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet tertakluk pada Terma & Syarat Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/sections/4403827757593-Reload-PIN

e. Hadiah jongkong emas mesti dituntut dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh pengumuman pemenang atau notis tuntutan hadiah, yang mana lebih awal. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut akan dilupuskan oleh Penganjur.

f. Untuk hadiah yang dihantar terus kepada pemenang, bukti penghantaran adalah bukti penerimaan dan penyerahan hadiah. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak diterima atau lewat.

g. Peserta mungkin dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa penuntutan hadiah untuk tujuan pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh Penganjur adalah kad pengenalan Malaysia atau lesen memandu Malaysia yang sah. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri yang sah.

h. Pemenang mungkin dikehendaki untuk menghadiri upacara penyampaian hadiah di Lembah Klang pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur. Kegagalan untuk hadir akan menyebabkan kelayakan pemenang dan hadiah dibatalkan.

i. Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar untuk apa-apa format atas sebarang sebab. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

Lain-lain

a. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang dikenakan untuk menyertai Peraduan, menghadiri upacara penyampaian hadiah dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab Peserta sepenuhnya.

b. Para Peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan dan daripada tuntutan/ penggunaan hadiah.

c. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:

  •   Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan;
  •   Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Peraduan ini;
  •   Sebarang penyertaan yang salah dihantar atau tidak diterima atas apa-apa sebab; dan
  •   Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan hadiah dan/atau penyertaan dalam Peraduan ini secara langsung atau tidak langsung.

d. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, menukar atau mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para Peserta akan terikat dengan perubahan kepada Terma dan Syarat ini.

e. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.

f. Dengan menyertai Peraduan, setiap Peserta memberi keizinan kepada Penganjur untuk menyimpan maklumat peribadi mereka dan memproses maklumat peribadi mereka untuk tujuan Peraduan, dan setiap Peserta bersetuju bahawa pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar Peserta serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan di media cetak dan media elektronik tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

g. Penganjur akan mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan Peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan Peserta. Dengan memberi maklumat peribadi Peserta, Peserta mengakui dan mengesahkan bahawa kebenaran diberikan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen-ejen sahnya untuk menggunakan maklumat berkenaan untuk tujuan pemasaran dan promosi masa kini atau masa hadapan dan untuk penambahbaikkan produk-produk dan perkhidmatannya. Maklumat peribadi Peserta tidak akan diberikan atau dikongsi dengan pihak-pihak ketiga untuk kegunaan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://gardenia.com.my/polisi-dan-privasi

Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila hubungi Hotline 017-6754410 melalui mesej WhatsApp sahaja, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum.