GARDENIA PUAZZ! SAMBAL ROYALE PERADUAN KIRA & MENANG

GARDENIA PUAZZ! SAMBAL ROYALE
PERADUAN KIRA & MENANG 2025
CARA PENYERTAAN
Langkah 1: Ikuti kami di Facebook (Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd) dan Instagram (@gardenia_kl).
Langkah 2: “LIKE” posting video ini – “Gardenia PUAZZ! Sambal Royale Peraduan Kira & Menang 2025”
Langkah 3: Tulis jawapan yang betul di ruangan komen berdasarkan soalan: ‘Berapa banyak ikan yang terdapat dalam video ini?’
TERMA & SYARAT
- Gardenia PUAZZ! Sambal Royale Peraduan Kira & Menang 2025 ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Pemastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan peraduan.
- Tempoh Gardenia PUAZZ! Sambal Royale Peraduan Kira & Menang 2025 ini adalah dari 16hb Oktober 2025 – 17hb Oktober 2025 dan tarikh tamat Peraduan adalah pada 17hb Oktober 2025, jam 11.59 malam.
- Kumpulan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini: – Semua kakitangan (termasuk mana-mana syarikat berkaitan), serta ahli keluarga terdekat mereka; dan – Semua wakil, kakitangan, pekerja, agensi pengiklanan atau agensi penganjur yang berkaitan dengan promosi (termasuk mana-mana syarikat berkaitan) dan keluarga terdekat.
- Peraduan ini hanya sah di Facebook dan Instagram Gardenia rasmi iaitu https://www.facebook.com/GardeniaKL & https://www.instagram.com/gardenia_kl/
- Peserta hendaklah mengikuti kesemua 3 langkah CARA-CARA PENYERTAAN yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan / hilang kelayakan
- Setiap peserta boleh berkongsi lebih dari satu penyertaan. Hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh ini, jika dipilih.
- Pihak Gardenia Bakeries KL akan memilih lima (5) orang pemenang daripada akaun Facebook rasmi Gardenia dan lima (5) orang pemenang dari akaun Instagram rasmi Gardenia untuk memenangi Gardenia PUAZZ! Sambal Royale Kotak Hadiah Eksklusif.
- ○ 5 x pemenang dari Facebook
- ○ 5 x pemenang dari Instagram
- Sebanyak 10 pemenang akan dipilih (5 dari Instagram dan 5 dari Facebook) berdasarkan komen dengan jawapan yang tepat dan dihantar terakhir sebelum 11.59 malam pada 17 Oktober 2025. Contohnya, jika terdapat 5 peserta yang memberikan jawapan tepat antara 11.55 malam hingga 11.59 malam, maka peserta tersebut akan dipilih sebagai pemenang.
- Pemenang peraduan akan diumumkan di akaun Facebook dan Instagram rasmi Gardenia, dalam tempoh 7 hari bekerja selepas peraduan berakhir..
- Gardenia Bakeries KL akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah: –
- Memberi tekaan jawapan dengan jumlah ikan yang betul seperti yang dipaparkan dalam video peraduan.
- Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN GARDENIA PUAZZ! SAMBAL ROYALE PERADUAN KIRA & MENANG untuk maklumat lanjut.
- Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti yang tertera di CARA-CARA PENYERTAAN Langkah 1 – Langkah 3 untuk pemilihan pemenang.
- Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) akaun rasmi Gardenia Bakeries KL di Facebook atau Instagram dalam masa 2 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
- Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Kira dan Menang Gardenia PUAZZ! Sambal Royale 2025 Sahaja’ di salinan Kad Pengenalan)
- Nombor telefon
- Emel
- Kotak Hadiah Eksklusif Gardenia PUAZZ! Sambal Royale yang dimenangi tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat tepat dengan menggunakan nama sendiri sahaja. Kotak Hadiah Eksklusif Gardenia PUAZZ! Sambal Royale tersebut akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Sekiranya Gardenia Bakeries KL tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, Gardenia Bakeries KL berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.
- Keputusan Gardenia Bakeries KL dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
- Gardenia Bakeries KL mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan / atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis / keterangan lanjut terlebih dahulu.
- Gardenia Bakeries KL mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.
- Gardenia Bakeries KL tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku / terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.
- Gardenia Bakeries KL berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan / atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik. tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu dan pemenang tidak boleh menuntut hak mutlak / ganti rugi atas penggunaan tersebut.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini serta bersetuju untuk mematuhinya.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries KL bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://gardenia.com.my/polisi-dan-privasi/