PERADUAN CUTI AKHIR TAHUN BERSAMA GARDENIA GOURMET SELECTIONS
PERADUAN CUTI AKHIR TAHUN BERSAMA
GARDENIA GOURMET SELECTIONS
CARA PENYERTAAN
Langkah 1 : Beli 2 Buku Roti Gardenia Gourmet Selections Sommerset Cottage dalam satu resit pembelian.
Langkah 2 : Muat naik gambar resit anda dan isi borang dengan jawapan yang betul melalui Google Form.
Soalan Peraduan: Adakah Roti Gardenia Gourmet Selections Sommerset Cottage mengandungi khasiat daripada 12 jenis bijirin? (Betul/Salah)
TERMA & SYARAT
Peraduan Cuti Akhir Tahun Bersama Gardenia Gourmet Selections (“Peraduan”) dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd “Pihak Penganjur”. Dengan menyertai Promosi, anda “Peserta” mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tertera seperti berikut: –
| Pihak Penganjur | Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd |
| Peraduan | Peraduan Cuti Akhir Tahun Bersama Gardenia Gourmet Selections |
| Tempoh Peraduan | a. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 November 2025 hingga 30 November 2025. b. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada 30 November 2025. Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan ini akan dibatalkan secara automatik. |
| Kelayakan | Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang menetap dan beralamat tempat tinggal di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Peraduan, kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Peraduan ini. Penyertaan hanya sah di Semenanjung Malaysia sahaja. |
| Produk Yang Turut Serta & Jumlah Penyertaan Peraduan Yang Layak | Produk yang turut serta ialah Roti Gardenia Gourmet Selections Sommerset Cottage dan jumlah penyertaan peraduan yang layak ialah 2 buku Roti Gardenia Gourmet Selections Sommerset Cottage untuk satu penyertaaan. |
| Cara-Cara Penyertaan | a. Para Peserta harus membeli 2 buku Roti Gardenia Gourmet Selections Sommerset Cottage dalam satu (1) resit/invois semasa Tempoh Peraduan secara luar talian sahaja (in-store) dari mana-mana peruncit atau kedai di Semenanjung Malaysia sahaja. Satu (1) resit/invois tersebut layak untuk satu (1) penyertaan. (hanya di Semenanjung Malaysia). b. Hantar gambar resit dan jawab soalan di google form bersama nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), no. kad pengenalan, no. telefon bimbit, alamat e-mel dengan jawapan yang betul. c. Jawab satu soalan: Adakah Roti Gardenia Gourmet Selections Sommerset Cottage mengandungi khasiat daripada 12 jenis bijirin? (Betul/Salah) d. Simpan resit/invois pembelian asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit/invois yang sepadan dengan penyertaan yang dihantar sebagai “Bukti Pembelian”. e. Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan Bukti Pembelian yang berlainan. f. Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan Bukti Pembelian yang sama kepada Penganjur. g. Sekiranya Bukti Pembelian yang sama diterima oleh Penganjur dalam pelbagai penyertaan, penyertaan yang paling awal diterima akan diambil kira. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menolak mana-mana penyertaan selepas itu dengan Bukti Pembelian yang sama, sama ada dengan nama Peserta yang lain atau sebaliknya.
|
| Hadiah-hadiah Peraduan | a. Terdapat sebanyak 41 hadiah untuk dimenangi dalam Peraduan ini:
1 Pemenang x Tiket Penerbangan bernilai RM10,000 untuk sekeluarga (4 Orang)
10 Pemenang x 1 x Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go bernilai RM200 setiap satu
30 Pemenang x 1 x Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go bernilai RM100 setiap satu b. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan. |
| Perincian Pengadilan | Penyertaan yang diterima akan disemak dan disahkan berdasarkan perkara-perkara berikut: a. Semua maklumat yang diminta dan diperlukan mestilah diisi dalam talian (Google Form) dengan betul dan tepat. b. Gambar Bukti Pembelian yang dilampirkan menunjukkan dengan jelas Produk Yang Turut Serta dan bilangan yang dibeli, nombor resit, tarikh resit dalam Tempoh Peraduan, nilai pembelian dan nama kedai. c. Hanya resit-resit pembelian yang asal dan sah dengan maklumat dan butiran produk yang jelas dan lengkap akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, dicetak semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau kesilapan lain atau cetakan tidak jelas atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana resit tidak sah tersebut tanpa sebarang notis terlebih dahulu. d. Resit/invois tanpa deskripsi Produk Yang Turut Serta atau deskripsi produk yang tidak jelas, resit/invois manual atau tulisan tangan, resit/invois e-dagang, pesanan pembelian, nota penghantaran, slip transaksi kad kredit/debit, tangkap layar e-resit dan tangkap layar transaksi bank atau e-dompet tidak akan diterima sebagai bukti pembelian. e. Pembelian secara pukal terus daripada kilang Penganjur adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini. |
| Cara Pemilihan Pemenang |
Pemenang Hadiah Pertama yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 2. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 45,555. Maka penyertaan layak ke-45,555 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Pertama.
Pemenang Hadiah Kedua yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 10.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 8,677. Maka penyertaan layak ke-8,677, ke-17,354, ke-26,031 dan seterusnya sehingga ke-86,770 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Kedua setiap satu.
Pemenang Hadiah Ketiga yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 30.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 30.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 2,987. Maka penyertaan layak ke-2,987, ke-5,974, ke-8,961 dan seterusnya sehingga ke-89,610 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Ketiga setiap satu.
|
| Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah | a. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar kepada pihak Penganjur semua resit asal, dan salinan kad pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan. Sekiranya gagal, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. b. Pemenang Hadiah Pertama akan menerima satu surat tuntutan hadiah untuk penebusan hadiah. Tiket penerbangan sah untuk satu (1) transaksi sama ada satu (1) hala atau dua (2) hala sahaja dan mesti digunakan sepenuhnya semasa transaksi. Sebarang baki yang tidak digunakan tidak boleh dikembalikan. Jika transaksi melebihi nilai tiket, pemenang mesti menambah nilai perbezaan. Pemenang mesti mengesahkan tarikh perjalanan mereka selewat-lewatnya pada 31 Mac 2026 dan perjalanan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026. Kegagalan untuk mengesahkan pada tarikh yang ditetapkan, atau ketidakupayaan untuk melakukan perjalanan atas apa jua sebab, akan menyebabkan hadiah dilucutkan hak tanpa pampasan. Penggunaan khidmat penerbangan tertakluk kepada Terma & Syarat Malaysia Airlines Berhad: https://www.malaysiaairlines.com/my/en/terms-and-conditions.html c. Pemenang Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga akan menerima Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman pemenang. Semua hadiah kedua dan hadiah ketiga iaitu PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet akan dihantar kepada pemenang melalui WhatsApp kepada nombor telefon pemenang yang diberikan dalam penyertaan Peraduan. Penggunaan PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet tertakluk pada Terma & Syarat Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/sections/4403827757593-Reload-PIN d. Peserta mungkin dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa penuntutan hadiah untuk tujuan pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh Penganjur adalah kad pengenalan Malaysia atau lesen memandu Malaysia yang sah. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri yang sah. e. Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar untuk apa-apa format atas sebarang sebab. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.
|
| Lain-lain | a. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang dikenakan untuk menyertai Peraduan, jika perlu menghadiri upacara penyampaian hadiah untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab Peserta sepenuhnya. b. Para Peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan dan daripada tuntutan/ penggunaan hadiah. c. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut: •Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan; d. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, menukar atau mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para Peserta akan terikat dengan perubahan kepada Terma dan Syarat ini. e. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan. f. Dengan menyertai Peraduan, setiap Peserta memberi keizinan kepada Penganjur untuk menyimpan maklumat peribadi mereka dan memproses maklumat peribadi mereka untuk tujuan Peraduan, dan setiap Peserta bersetuju bahawa pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar Peserta serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan di media cetak dan media elektronik tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur. g. Penganjur akan mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan Peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan Peserta. Dengan memberi maklumat peribadi Peserta, Peserta mengakui dan mengesahkan bahawa kebenaran diberikan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen-ejen sahnya untuk menggunakan maklumat berkenaan untuk tujuan pemasaran dan promosi masa kini atau masa hadapan dan untuk menambahbaikkan produk-produk dan perkhidmatannya. Maklumat peribadi Peserta tidak akan diberikan atau dikongsi dengan pihak-pihak ketiga untuk kegunaan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://gardenia.com.my/polisi-dan-privasi. |
Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila hubungi Hotline 017-6754410 melalui mesej WhatsApp sahaja, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum.