Breakthru

Memperkenalkan Gardenia Breakthru dengan khasiat 8CTIVE™. Padat dengan kebaikan nutrisi yang dapat membantu anda memulakan gaya hidup sihat.

Mulakan hari anda dengan pilihan roti yang lebih berkhasiat untuk mengatasi setiap halangan.

Variasi:

Gardenia Breakthru Roti Tinggi Serat & Rendah Gula

Pilihan yang lebih sihat setakat ini! Roti ini tinggi serat dan rendah gula, namun masih mengekalkan rasa yang enak. Kehidupan yang lebih sihat kini dalam genggaman anda. Mulakan langkah kecil hari ini dengan roti Gardenia Breakthru Tinggi Serat & Rendah Gula.

Harga: 340g pada RM5.80

Gardenia Breakthru Roti Gandum Penuh

Roti Gandum Penuh yang berkhasiat diperbuat daripada 100% Tepung Gandum Penuh Berprotein Tinggi. Rendah lemak, tinggi dengan kandungan Protein, Zat Besi dan Vitamin A & E. Tidak hairanlah mengapa roti ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam mengekalkan gaya hidup yang aktif.

Harga: 400g pada RM4.00

Gardenia Breakthru Roti Bran & Germa Gandum

Roti Bran & Germa Gandum mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selain daripada segi teksturnya yang lembut dan lazat, ia juga merupakan roti Gardenia pertama dengan tinggi Kalsium. Sesuai bagi hidangan berkhasiat untuk anak-anak dan seisi Keluarga.

Harga: 400g pada RM3.50