Lawatan percuma ke kilang Gardenia telah menarik lebih 25,000 pengunjung setiap tahun sejak tahun 1991. | |
.:: Jadilah Tetamu Kami, Nikmatilah Layanan Istimewa, Masuk Percuma! ::. | |
Kunjungilah ke halaman bakeri kegemaran Malaysia dan anda berpeluang melawat ke kilang kami untuk melihat dan mengetahui rahsia kelembutan dan kelazatan roti yang paling popular di Malaysia.
Ketahuilah asal usul gandum terpilih. Lihatlah bagaimana kami mengadun kombinasi teknologi moden dan kaedah tradisi untuk proses membakar roti. Anda akan merasa kagum dengan barisan bakeri yang terbesar dan terpantas di Selatan Timur Asia.
Lihatlah bagaimana kami membuat aneka roti yang lazat dan alamilah aroma roti yang segar dan baru dibakar. Minuman ringan juga akan dihidangakan selepas lawatan ke kilang kami.
|
Masa Lawatan :
Isnin hingga Jumaat - 9:00 pagi,
11:00 pagi, 2:00 petang dan
3:00 petang
Sabtu - 9:00 pagi & 10:00 pagi
Jangkamasa Lawatan :
Anggaran 1 ½ jam
Untuk tempahan sila hubungi:
+6(03)-5191 6130 sambungan 128, 130, or 131
Waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum); 8.30 pagi hingga 5.30 petang
|
|