Keselamatan dan Kualiti Makanan
Gardenia KL mengamalkan piawaian keselamatan makanan antarabangsa tertinggi dan teguh dengan komitmen kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti. dengan inovasi berterusan untuk mengekalkan tahap kepuasan pengguna dan efisiensi pengedaran produk-produk kami.
Makmal Jaminan Kualiti (QA) kami menjalankan pemeriksaan rawak secara rutin dan mengawasi kualiti produk secara teliti di segenap peringkat pengeluaran untuk memastikan mutu setiap produk Gardenia sentiasa terpelihara.
Kesemua bakeri kami mendapat pengesahan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan, ISO 22000. Bakeri kami juga mematuhi segala keperluan Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP).
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Kualiti dan inovasi telah menjadikan Gardenia jenama kegemaran seisi rumah di Malaysia. Kami terus konsisten dan komited dalam memahami dan mengikuti trend-trend global, serantau dan tempatan. Gardenia KL juga sentiasa mengekalkan daya saing dengan memastikan semua perkembangan trend dan teknologi yang sentiasa berubah. Semangat inovatif ini membolehkan Gardenia KL memenuhi selera dan gaya hidup para pengguna dengan pelbagai rangkaian produk kami yang berkualiti tinggi.