GARDENIA DAN JAWI BERGANDING BAHU MENYEMARAKKAN KEMERIAHAN SYAWAL BERSAMA GOLONGAN ASNAF DAN B40

Gardenia Melaksanakan Fasa Keempat Program Bantuan Covid-19 Dengan Pengedaran Pek Sumbangan Bernilai RM85,000 Serta Biskut RayaCookies

Kuala Lumpur, 15 Jun 2020 – Azam Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) dan rakankolaborasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), untuk menyemarakkan kemeriahan Syawal telah membawa kepada usaha sama mengedarkan pek sumbangan Gardenia serta biskut Raya kepada golongan Asnaf dan keluarga-keluarga B40 baru-baru ini.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat. Tahun ini, Syawal disambut dengan begitu berbeza sekali. Di saat kita menikmati kemeriahan Syawal bersama yang tersayang, jangan dilupakan masih ada golongan kurang berkemampuan yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Kami sangat bersyukur kerana JAWI sudi membantu meluaskan jangkauan sumbangan Fasa 4 program bantuan kami agar ianya merangkumi lebih ramai keluarga yang memerlukan,” kata Hazlinah Harun, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Hampir 4,000 pek sumbangan Gardenia bernilai lebih daripada RM85,000 berserta kuih raya telah disediakan buat penerima. Setiap pek sumbangan mengandungi sebuku roti Delicia, Twiggies, mi kuning NuMee Gardenia dan kuih raya.

IPengarah JAWI, Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail meluahkan kesyukuran atas perkongsian niat Gardenia untuk berkerjasama bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Beliau berkata “Kebajikan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan menjadi keutamaan bagi pihak JAWI dan kami berasa sangat berbesar hati untuk menerima bantuan Gardenia agar dapat meningkatkan usaha kami untuk menolong mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya di musim perayaan ini. Bantuan ini akan disalurkan menggunakan landasan JAWI Food Bank menerusi masjid dan surau di sekitar enam zon termasuk Surau Jumaat Hijrah PPR Intan Baiduri, Surau Jumaat At-Taqwa Sentul Utama, Masjid Nurul Islam, SJ Al-Husna PPR Semarak, Surau Jumaat Al Mustaqim dan Surau Hijrah PPR Pantai.”

Selain berganding bahu bersama JAWI, Gardenia juga telah meluaskan skop bagi membantu golongan B40 dengan berkerjasama dengan organisasi lain seperti Persatuan Penduduk Kampung Bari Simpang Tiga, Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia dan Pertubuhan Rangkaian Penjanaan Ekonomi Wanita Damansara Damai.

Inisiatif ini merupakan fasa keempat dalam program RM1 juta Gardenia Covid-19 Aid yang telah dilaksanakan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang lalu bagi membantu meringankan beban golongan B40, para petugas barisan hadapan dan para penuntut universiti di bawah Program Food Bank.

Bagi maklumat lebih lanjut, sila hubungi GBKL melalui emel customer_service@gardenia.com.my