TERMA & SYARAT PERADUAN – PUAZZ!-kan HidupMu!

CARA-CARA PENYERTAAN

Langkah 1: Like dan Follow halaman Facebook PUAZZ! Gardenia: https://www.facebook.com/PUAZZGardenia

Langkah 2: Kongsikan impian atau inspirasi anda di bahagian komen pos peraduan (tidak lebih daripada 25 patah perkataan) sebelum jam 11:59 mlm, 3hb Mac 2023.

Langkah 3: Tag dua rakan anda serta hashtag ini:
#PUAZZkanHidupMu
#SememangnyaPUAZZ
#PUAZZ

 

TERMA & SYARAT

  1. Peraduan PUAZZ!-kan HidupMu ini bermula pada 3 Februari 2023 dan berakhir pada 3hb Mac 2023, jam 11:59mlm

  2. Peraduan ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Permastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas.

  3. Kumpulan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:

    1. Semua kakitangan (termasuk mana-mana syarikat berkaitan) serta ahli keluarga terdekat mereka; dan
    2. Semua wakil, kakitangan, pekerja, agensi penganjur pengiklanan yang berkaitan dengan promosi dan keluarga terdekat.
  4. Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Facebook PUAZZ! Gardenia Sahaja https://www.facebook.com/PUAZZGardenia

  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 3 langkah CARA-CARA PENYERTAAN yang telah dinyatakan di atas.

  6. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap / dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan / hilang kelayakan.

  7. Setiap peserta boleh berkongsi lebih dari satu penyertaan. Hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh ini, jika dipilih.

  8. Sebelas (11) pemenang akan dipilih dalam tempoh peraduan dengan jumlah hadiah wang tunai RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja). Hadiah wang tunai yang layak dimenangi oleh setiap pemenang adalah seperti di bawah:

    1. 1 x Pemenang Utama: RM5,000
    2. 10 x Pemenang Hadiah Sagu hati: RM500 setiap pemenang
  9. Pemenang akan diumumkan melalui pos yang berasingan di Facebook PUAZZ! Gardenia pada 13hb Mac 2023.

  10. PUAZZ! Gardenia akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:

    1. Kreativiti peserta menjawab apa inspirasi/matlamat/kisah mereka.
    2. Bilangan perkataan tidak melebihi had yang dinyatakan.
    3. Pemenang juga akan dipilih mengikut budi bicara PUAZZ! Gardenia.
    4. Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN untuk maklumat lanjut.
  11. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti yang tertera di CARA-CARA PENYERTAAN Langkah 1 – Langkah 3 untuk pemilihan pemenang.

  12. Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) PUAZZ! Gardenia dalam masa 5 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
    2. Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silang dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan PUAZZ!-kan HidupMu sahaja’ di salinan Kad Pengenalan.)
    3. Nombor Telefon
    4. Alamat Emel
    5. Nama Bank
    6. Nombor Akaun Bank
  13. Hadiah wang tunai yang akan diberikan tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14 hari bekerja.

  14. Sekiranya PUAZZ! Gardenia tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman pemenang dibuat, PUAZZ! Gardenia berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.

  15. Keputusan PUAZZ! Gardenia dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  16. PUAZZ! Gardenia mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis / keterangan lanjut terlebih dahulu.

  17. PUAZZ! Gardenia mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.

  18. PUAZZ! Gardenia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku / terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.

  19. PUAZZ! Gardenia berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  20. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  21. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  22. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada PUAZZ! Gardenia bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/PrivacyBM.html