TERMA & SYARAT PERADUAN #QuickBitesHour

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN #QuickBitesHour

Step 1: ‘Like’ dan Follow’ Facebook & Instagram rasmi QuickBites Gardenia

Step 2: Kongsikan jawapan anda di ruangan komen peraduan hanya dari jam 12 tengah hari - 1 petang

Step 3: Tag 2 rakan anda dan sertakan hashtag peraduan ini:#QuickBitesHour #FreeTheHappy #QuickBites

 

TERMA & SYARAT PERADUAN #QuickBitesHour

  1. #QuickBitesHour ini adalah peraduan yang hanya akan berlansung selama satu jam mulai dari 12 tengah hari - 1 petang.

  2. Peraduan #QuickBitesHour ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Permastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan peraduan.

  3. Kumpulan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:

    1. Semua kakitangan (termasuk mana-mana syarikat berkaitan), serta ahli keluarga terdekat mereka; dan
    2. Semua wakil, kakitangan, pekerja, agensi penganjur pengiklanan yang berkaitan dengan promosi dan keluarga terdekat.
  4. Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Facebook dan Instagram QuickBites Gardenia Sahaja iaitu https://www.facebook.com/QuickBitesGardenia ATAU https://www.instagram.com/quickbitesgardenia/

  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 3 langkah CARA-CARA PENYERTAAN #QuickBitesHour yang dinyatakan di atas.

  6. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.

  7. Setiap peserta boleh berkongsi lebih dari satu penyertaan. Hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh ini, jika dipilih.

  8. Pihak QuickBites Gardenia akan memilih dua puluh (20) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja) bagi setiap pemenang

    • 10x pemenang dari Facebook
    • 10x pemenang dari Instagram
  9. Pemenang akan diumumkan di ruangan komen pos peraduan di Facebook atau Instagram, 3 hari bekerja selepas peraduan ditamatkan.

  10. QuickBites Gardenia akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:

    1. Jawapan yang tepat
    2. Pemenang juga akan dipilih mengikut budi bicara QuickBites Gardenia
    3. Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN #QuickBitesHour untuk maklumat lanjut.
  11. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti yang tertera di CARA-CARA PENYERTAAN Langkah 1 – Langkah 3 untuk pemilihan pemenang.

  12. Pemenang-pemenang perlu PM QuickBites Gardenia dalam masa 2 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
    2. Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan #QuickBitesHour Sahaja’ di salinan Kad Pengenalan)
    3. Nombor telefon
    4. Emel
    5. Nama Bank & Nombor Akaun Bank
  13. Hadiah wang tunai sebanyak RM50.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14 hari bekerja.

  14. Sekiranya QuickBites Gardenia tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, QuickBites Gardenia berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.

  15. Keputusan QuickBites Gardenia dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  16. QuickBites Gardenia mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu.

  17. QuickBites Gardenia mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.

  18. QuickBites Gardenia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku/terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.

  19. QuickBites Gardenia berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan/atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  20. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  21. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  22. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada QuickBites Gardenia bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi