TERMA & SYARAT - PERADUAN MINGGUAN QUICKBITES WORLD SMILE DAY
CARA-CARA MENYERTAI
Langkah 1: Like dan Follow Facebook QuickBites Gardenia https://www.facebook.com/QuickBitesGardenia
Langkah 2: Kongsi jawapan anda di bahagian komen peraduan sebelum tarikh tamat setiap peraduan mingguan.
Langkah 3: Tag 5 rakan dan sertakan hashtag peraduan: #QuickBites #SerlahkanKeceriaan #WorldSmileDay
TERMA & SYARAT
-
Peraduan Mingguan QuickBites World Smile Day adalah peraduan mingguan yang akan berlangsung setiap minggu pada bulan Oktober 2022 & tempoh penyertaan untuk setiap peraduan adalah hanya seminggu sahaja.
-
Peraduan Mingguan QuickBites World Smile Day adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
-
Kategori individu yang tidak layak menyertai peraduan adalah seperti berikut:
- Semua pekerja (termasuk mana-mana syarikat berkaitan) serta ahli keluarga terdekat mereka; dan
- Semua wakil, kakitangan, pekerja, ejen Pengiklanan atau Penganjur Penyedia Perkhidmatan Promosi (termasuk semua syarikat berkaitan) serta ahli keluarga terdekat mereka.
-
Peraduan ini hanya sah di Facebook rasmi QuickBites Gardenia: https://www.facebook.com/QuickBitesGardenia
-
Peserta dikehendaki mengikuti kesemua 3 langkah CARA-CARA MENYERTAI Peraduan Mingguan QuickBites World Smile Day seperti yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau dan tidak mematuhi semua terma & syarat yang dinyatakan akan dibatalkan penyertaan.
-
Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Tetapi, hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan, jika terpilih.
-
10 pemenang akan dipilih setiap minggu sepanjang tempoh peraduan dengan jumlah hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja). Setiap pemenang akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).
-
Pengumuman pemenang akan dibuat dalam waktu 5 hari bekerja selepas tamat tempoh peraduan dan pengumuman akan dibuat di ruangan komen siaran peraduan.
-
QuickBites Gardenia akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
- Ketepatan dan atau kreativiti menjawab soalan peraduan
- Pemenang juga akan dipilih mengikut budi bicara QuickBites Gardenia
- Setiap langkah yang disenaraikan hendaklah diikuti seperti yang dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA MENYERTAI Peraduan Mingguan World Smile Day QuickBites untuk maklumat lanjut
-
Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti di atas dan tidak terhad kepada CARA-CARA MENYERTAI Langkah 1 - Langkah 3 untuk pemilihan pemenang.
-
Pemenang perlu PM (Private Message) Facebook QuickBites Gardenia untuk memberikan maklumat berikut:
- Nama Penuh (mengikut Kad Pengenalan Malaysia)
- Nombor & Salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silang dan tulis ‘Untuk Kegunaan Peraduan QuickBites Sahaja’ pada salinan Kad Pengenalan)
- Nombor telefon
- Alamat emel
- Nama bank
- Nombor akaun bank
-
Hadiah wang tunai RM50.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang mesti memberikan maklumat bank atas nama mereka sendiri sahaja. Hadiah wang tunai akan dibuat secara "Online Transfer" dalam tempoh 14 hari bekerja.
-
Jika QuickBites Gardenia tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang diperlukan daripada pemenang terpilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, QuickBites Gardenia berhak untuk memilih pemenang baharu sebagai pengganti pemenang.
-
Keputusan pihak QuickBites Gardenia adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang rundingan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
-
QuickBites Gardenia mempunyai hak mutlak pada bila-bila masa untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula, melanjutkan atau menamatkan peraduan.
-
QuickBites Gardenia mempunyai hak mutlak pada bila-bila masa untuk menukar, meminda, memadam atau menambah Peraturan mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa notis terlebih dahulu.
-
QuickBites Gardenia tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan, kecederaan, atau kemalangan yang mungkin berlaku akibat daripada menyertai Peraduan.
-
QuickBites Gardenia berhak untuk menggunakan nama dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan, komersial, dan publisiti, tanpa sebarang notis awal kepada pemenang dan pemenang tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau sebarang bentuk pampasan untuk penggunaan tersebut.
-
Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat peraduan ini.
-
Dengan menyertai Peraduan, peserta mengakui bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
-
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada QuickBites Gardenia untuk tujuan pemprosesan dan juga tidak terhad kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti pemasaran mengenai produk dan tawaran terkini kami bersama-sama dengan sebarang tujuan pengemaskinian maklumat yang diperlukan oleh kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Perlindungan Data Peribadi di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/privacy-policy