TERMA & SYARAT
Peraduan Gaji Sepanjang Tahun 2024 “Promosi” dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd “Pihak Penganjur”. Dengan menyertai Promosi, anda “Peserta” mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut:-
Pihak Penganjur | Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd |
Promosi | Peraduan Gaji Sepanjang Tahun 2024 |
Tempoh Promosi | Promosi ini berlangsung dari 1hb Januari 2024 hingga 29hb Februari 2024. |
Kelayakan | Promosi ini terbuka kepada semua permastautin di Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah dan beralamat tempat tinggal di Malaysia, berumur 18 tahun tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Peraduan) kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan ahli keluarga terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Promosi ini. |
Cara-Cara Penyertaan |
Langkah 1: Langkah 2: Produk yang tersenarai QuickBites
PUAZZ!
Soalan Peraduan: QuickBites Gold Hazelnut Chocolate & QuickBites Gold Pandan Gula Melaka Cream Roll adalah produk terbaru keluaran Gardenia QuickBites? (Betul/Salah) Setiap RM5.00 roti Gardenia yang terlibat mewakili satu (1) penyertaan, dan satu (1) nombor siri akan diberikan. Manakala setiap RM5.00 produk Gardenia yang tersenarai berikutannya akan diberikan satu penyertaan dan satu (1) nombor siri akan diberikan secara berturut – turut. |
Tarikh Akhir Penyertaan |
Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 pada 29hb Februari 2024. Sebarang Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik. |
Hadiah |
Sebanyak 283 Pemenang yang akan dipilih sepanjang Tempoh Promosi. Hadiah Utama Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga Hadiah Saguhati Setiap peserta layak memenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Promosi: 1 x Hadiah Utama atau Pengumuman pemenang akan dilakukan di https://www.facebook.com/QuickBitesGardenia dan https://www.instagram.com/quickbitesgardenia/# |
Perincian Pengadilan |
Penyertaan akan disahkan berdasarkan perkara berikut:
|
Pemilihan Pemenang | HADIAH UTAMA - 1 x Tunai RM3000.00 untuk 12 bulan (bernilai RM36,000.00). Setiap Penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi (cth., 12600 nombor siri) ÷ 2 = nombor bersiri menang, contohnya: 12600 ÷ 2 = 6300 Oleh itu, pemenang Hadiah Utama ialah Penyertaan nombor siri ke-6300. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 1 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Utama sepanjang Tempoh Promosi. Setiap Penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi dan ditolak jumlah Penyertaan Pemenang Hadiah Utama (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2) ÷ 10 = nombor siri menang, contohnya: (12600 – 2) ÷ 10 = 1259.8 Oleh itu, pemenang Hadiah Pertama ialah Penyertaan nombor siri ke-1259 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 1259. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 1259, 2518, 3777, 5036, 6295 dan seterusnya sehingga sepuluh nombor siri. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 10 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Pertama sepanjang Tempoh Promosi. Setiap Penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi dan ditolak jumlah Penyertaan Pemenang Hadiah Utama (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2) dan Penyertaan Pemenang Hadiah Pertama, contoh 12) ÷ 6 = nombor bersiri contohnya: 12600 - ( 2+12) ÷ 6 = 2097.6 = 2097 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 2097) Oleh itu, pemenang Hadiah Kedua ialah Penyertaan nombor siri ke- 2097 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 2097. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 2097,4194,6291,8388,10485 dan 12582 akan dipilih sebagai Pemenang. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 6 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Kedua sepanjang Tempoh Promosi. Setiap Penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2, Penyertaan Pemenang Hadiah Pertama, contoh 4 dan Penyertaan Pemenang Hadiah Kedua, contoh 10) ÷ 6 = nombor bersiri menang, contohnya: 12600 - ( 2+12+10) ÷ 6 = 2096 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 2096) Oleh itu, pemenang Hadiah Ketiga ialah Penyertaan nombor siri ke-2096 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 2096. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 2096,4192,6288,8384,10480 & 12576 akan dipilih sebagai Pemenang. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 6 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Ketiga sepanjang Tempoh Promosi. Terdapat dua ratus enam puluh [260] x PIN Tambah Nilai eWallet Touch 'n Go bernilai RM50.00 untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi. Setiap Penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2, Penyertaan Pemenang Hadiah Pertama, contoh 12, Penyertaan Pemenang Hadiah Kedua, contoh 10 dan Penyertaan Hadiah Ketiga, contoh 15) ÷ 260 = nombor bersiri menang, contohnya: 12600 - ( 2+12+10+15) ÷ 260 = 48.31 = 48 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 48) Oleh itu, pemenang Hadiah Sagu hati ialah Penyertaan nombor siri ke-48 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 48. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 48,96,144,192,240 dan seterusnya sehingga dua ratus enam puluh (260) nombor siri akan dipilih sebagai Pemenang. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 260 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Sagu hati sepanjang Tempoh Promosi. Pemenang yang terpilih berdasarkan kaedah pemilihan nombor siri akan dimaklumkan atau dihubungi melalui WhatsApp daripada nombor peraduan 019-4082600 untuk mendapatkan alamat penghantaran atau maklumat perbankan untuk tujuan pemberian hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atas apa juga sebab. |
Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah |
|
Lain-lain |
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian dan maklumat yang lengkap. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Bukti Pembelian yang salah, tidak lengkap atau tidak jelas. Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruan, melanggari (atau mungkin melanggari) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucutkan hak secara automatik. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai (kepada Hadiah selain berbentuk wang tunai), ditukar dan dipindah milik. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Promosi ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:-
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Promosi ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau agensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga). Dengan menyertai Promosi ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan dan memproses data butiran peribadi yang diberikan untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Promosi ini dari semasa ke semasa. Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Promosi ini akan menjadi hak milik Pihak Penganjur. Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Promosi ini dengan memberi notis terlebih dahulu dilaman https://www.gardenia.com.my/ dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian hadiah, membatalkan atau menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan Peserta berterusan di dalam Promosi ini menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah). Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi. Untuk pertanyaan lanjut tentang promosi ini, sila hubungi Hotline 019-4082600, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang kecuali cuti umum. |