TERMA & SYARAT PERADUAN GARDENIA BERSAMA SUPER

 

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN GARDENIA BERSAMA SUPER

Langkah 1: FOLLOW Instagram rasmi @GardeniaKL dan @supermalaysia https://www.instagram.com/gardenia_kl   dan https://www.instagram.com/supermalaysia

Langkah 2: Kongsikan gambar anda sedang menikmati Roti Putih Gardenia Original Classic bersama mana-mana produk minuman 3-in-1 SUPER, di Instagram Feed anda

Langkah 3: Lengkapkan slogan di bahagian kapsyen: Saya suka menikmati Roti Putih Gardenia Original Classic bersama minuman SUPER kerana… (tidak melebihi 25 patah perkataan), berserta hashtag #GardeniaxSUPER #GardeniaOriginalClassic #SuperCoffeeMalaysia #SUPERMilkTeaMalaysia dan #SUPERNutremillMalaysia

Langkah 4: Tag @gardenia_kl &  @supermalaysia dan pastikan akaun Instagram anda ditetapkan untuk tatapan umum (Public).

Langkah 5: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam nota ini.

TERMA & SYARAT PERADUAN GARDENIA BERSAMA SUPER

1. Tempoh Peraduan Gardenia Bersama SUPER ini adalah dari 11hb September 2021 – 25hb September 2021.

2. Peraduan Gardenia Bersama SUPER ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Permastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan peraduan.  

3. Kumpulan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:

- Kakitangan agensi penganjur pengiklanan yang berkaitan dengan promosi dan keluarga terdekat.

4. Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. sahaja iaitu https://www.instagram.com/gardenia_kl

5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 5 langkah CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN GARDENIA BERSAMA SUPER yang dinyatakan di atas.

6. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.

7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan dari 11hb September 2021 – 25hb September 2021, jika dipilih.

8. Hanya 13 pemenang sahaja yang akan dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berikut:

a) 1x Pemenang Hadiah Utama: KitchenAid Toaster

b) 2x Pemenang Hadiah Kedua: KitchenAid Full Handle Kettle

c) 10x Pemenang Hadiah Saguhati: Wang tunai berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) dan E-baucar SUPER berjumlah RM50 bagi setiap pemenang

9. Pemenang akan diumumkan pada 1hb Oktober 2021 melalui satu pos pengumuman pemenang di Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd: https://www.instagram.com/gardenia_kl

10. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:

- Kreativiti gambar serta slogan yang paling menarik hati para juri.

- Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN GARDENIA BERSAMA SUPER untuk maklumat lanjut.

11. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti di atas dan tidak terhad kepada CARA-CARA PENYERTAAN Langkah 1 – Langkah 5 untuk pemilihan pemenang.

12. Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) kami dalam masa 2 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

- Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan atau kad MyPR)

- Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Gardenia Bersama SUPER Sahaja’ di salinan Kad Pengenalan atau kad MyPR

- Nombor telefon

- Emel

- Alamat tempat tinggal (bagi pemenang hadiah utama dan kedua sahaja)

- Nama Bank dan Nombor Akaun Bank (bagi pemenang hadiah saguhati sahaja)

13. Hadiah dan wang tunai sebanyak RM50.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja.

14. Sekiranya Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.

15. Keputusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

16. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu.

17. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.

18. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku/terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.

19. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan/atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

20. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

21. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

22. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/PrivacyBM.html