Harga produk-produk Gardenia akibat penurunan harga petrol pada bulan Januari 2015

Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan tentang harga produk-produk Gardenia.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada para pengguna bahawa kos keseluruhan produk Gardenia bukan sahaja terdiri daripada kos pengedaran, malahan sebahagian besar daripada kos pengeluaran kami tersebut adalah terdiri daripada kos bahan mentah, kos operasi, kos buruh, kos utiliti dan lain-lain kos lagi.

Sebarang kesan penurunan harga petrol pada bulan Januari 2015 adalah minima jika dibandingkan dengan kenaikan kos bahan mentah disebabkan pertukaran wang asing, kenaikan gaji (tahap minima), kenaikan kos utiliti (kadar kekal dari kenaikan sebelumnya) dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kami dengan rasa berat hati memaklumkan bahawa pihak kami terpaksa mengekalkan harga produk-produk buat masa ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 1-800-88-3228 atau email kepada customer_service@gardenia.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Pemalsuan 5: Percetakan Pembungkusan Bun Sambal Bilis Gardenia Telah Diedit

Mouse

Baru-baru ini, gambar seperti di atas telah tersebar luas di laman Facebook dan kami ingin membetulkan pembohongan ini. Percetakan pembungkusan Bun Sambal Bilis tersebut telah diedit dan disebarkan di internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan bertujuan memburukkan nama dan reputasi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL).

Walaubagaimanapun, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawa semua percetakan pembungkusan Bun Sambal Bilis Gardenia adalah betul dan tepat. GBKL juga ingin mengambil peluang ini menjamin bahawa anda tidak akan mendapati pembungkusan seperti yang telah disebarkan (Sambal Iblis) di pasaran.

Sekiranya terdapat pembungkusan tersebut di pasaran, anda boleh menghubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-3228, melalui laman web www.gardenia.com.my ataupun laman Facebook rasmi Gardenia. Pihak kami amat memandang serius tentang perkara ini dan akan berusaha untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tindakan sewajarnya akan diambil untuk mengatasi perkara ini dari berulang kembali.

Terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

4 thoughts on “Tiada Sebarang Kenaikan Harga Produk Gardenia

  1. Utk roti classic bungkusan besar terdapat perbezaan harga yg terdapat pada tag RM3.40 tapi sebenar yg dibyr adalah RM3.20. Mohon klarifikasi

    • En Zulkhairi,
      Selalu juga pihak pekedai menurunkan harga roti dengan tujuan menarik pelanggan. Mereka percaya pelanggan yang masuk ke kedai mereka akan beli barang keperluan lain selain dari roti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Tohmahan Kenaikan Harga Roti Gardenia selepas PRU13

Berikutan Pilihan Raya Umum baru-baru ini, ada sesetengah pihak / “warga alam siber” yang memfitnah Gardenia di “Facebook” dan Internet. Kali ini pula, menyatakan bahawa harga roti Gardenia di Semenanjung Malaysia telah naik. Malahan, mereka juga melampirkan gambar perbandingan harga tertera di “kwik lok” (rujuk diatas).INI ADALAH FITNAH. Tag “Kwik lok” itu adalah daripada produk Gardenia yang berbeza; Sliced Sandwich Bun (Burger bun).

Mesej “Facebook” ini disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kebarangkalian menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu yang tidak dapat bersaing secara beretika di pasaran terbuka.

Tiada sebarang kenaikan harga jualan produk Gardenia di Semenanjung Malaysia.

Kami akan berbesar hati jika anda menyebarkan cerita sebenar kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terima kasih.

5 thoughts on “Tohmahan Kenaikan Harga Roti Gardenia selepas PRU13

  1. kalau naik RM 1 saya tetap bila gardenia. saya tahu nya dibuat dari bahan yang halal dari kilang melayu islam. ABC punya saya beli

  2. Kami beli produk yang sama dgn harga RM2.10 sebelum p/raya & selapas p/raya harganya menjadi RM2.40. Bagaimana yang dikatakan fithnah..?? Harap pihak Pengurusan Gardenia membuat siasatan kekedai-kedai runcit jika ingin mendapatkan gambaran yang sebanar…

    • Sebelum bulan Jun 2011, roti Original Classic Gardenia 400g dijual dengan harga RM2.30. Roti Sliced Sandwich (ban burger) di jual dengan harga RM2.10. Mungkin tuan boleh maklumkan di kedai mana roti tersebut dibeli supaya kami boleh siasat samada ada terjadi sabotaj. Gardenia akan mengambil tindakan tegas supaya pihak pengguna tidak tertipu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Tiada Kenaikan Harga Produk Gardenia

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah. Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain. Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang tiada kena mengena antara satu sama lain. GBKL memasarkan produknya di Semenanjung Malaysia sahaja.

GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah. Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya. Harganya adalah tetap. Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.

Terima kasih.

3 thoughts on “Tiada Kenaikan Harga Produk Gardenia

  1. saya nak tanya, jika harga Gardenia di semenanjung tak naik..maksudnya Gardenia sabah yg telah menaikkan harga roti Gardenia d sabah?? mohon diperjelaskan dgn lebih teliti..TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

22 thoughts on “Roti Gardenia sekarang Tiada Pengawet Sintetik, Tiruan atau Bukan Semulajadi.

    • Hi Afifah,
      Gardenia KL has the rights to distribute our products only in Peninsula Malaysia and therefore, we are not able to sell our products in Bintulu. The rights for the East Malaysia market is with Gardenia Sabah. Gardenia KL and Gardenia Sabah are two different companies with different management, policies and operational systems.
      Thank you for giving us the opportunity to clarify the territorial rights issue.

  1. saya ada soalan kepada pihak gardenia KL,
    saya agak curious sejak dahulu lagi, berapa banyak produk gardenia kl keluarkan sekarang ye?

  2. Assalamualaikum.wbt.

    Saya mahasiswa dripda UKM, kami ingin mohon sumbangan daripada syarikat roti Gardenia. Jika boleh, macam mana untuk kami buat permohonan?

    • Hi Edmund!
      Gardenia KL dan Gardenia Sabah adalah dua buah syarikat yang berbeza. Kami harap Edmund dapat menghubungi Gardenia Sabah untuk jawatan yang anda minati.
      Walaubagaimanapun, untuk memohon jawatan kosong di Gardenia KL, anda boleh menghantar ‘resume’
      ke recruitment@gardenia.com.my

  3. salam, saya dan keluarga sangat suka makan roti keluaran gardenia. Dan di tempat kami gardenia kota kinabalu langsung tidak serupa dengan gardenia kl. Jadi, soalan saya ada tak perkhidmatan pembelian online di sediakan oleh pihak gardenia kl untuk kami warga sabah yang berminat untuk membeli? kalau belum ada saya mencadangkan diwujudkan perkhidmatan tersebut agar kami sama2 dapat merasai kelazatannya seperti orang disana. Terima kasih

    • Puan Arbaen,
      Pihak kami ada menghubungi puan melalui e-mel berkenaan perkara yang puan kemukakan. Harap puan ada menerima e-mel yang dimaksudkan.
      Sebenarnya, produk Gardenia mempunyai jangka hayat (shelf-life) yang singkat. Ini menyukarkan penghantaran ke kawasan yang tidak boleh dibuat dengan van atau lori kerana produk yang dipesan tidak lagi segar bila sampai kepada puan.
      Gardenia amat kesali kerana tidak dapat memenuhi permintaan pengguna.

  4. as salam & salam sejahtera.di manakah boleh saya dapatkan roti krim gardenia secara borong dengan harga yg lebih murah di daerah kluang, johor? (harga asal 70 sen)

    • Hi Sally!
      Gardenia KL tidak mempunyai hak untuk menjual produk produknya di Sabah, Sarawak dan Borneo. Kami amat kesali kerana tidak dapat memenuhi permintaan puan. Terima kasih kerana memahami situasi yang kami hadapi.

  5. hi it would be happier if can get gardenia products in langkawi… mmmm….and why there’s no Gardenia products in langkawi???

    • Niesa,
      Buat masa kini kami tidak menghantar produk kami ke Langkawi kerana jangka hayatnya. Sebaik baiknya produk Gardenia perlu sampai kekedai untuk dijual dalam masa 24jam setelah ianya dibuat. Kami amat kesali kerana tidak dapat memenuhi kehendak para pengguna Gardenia di Langkawi buat masa kini.

    • Gardenia KL tidak menaikkan harga produk produk kami. Roti Original Classic kami masih dijual dengan harga RM2.40. Ada beberapa ‘netizen’ yang menyebarkan tomahan terhadap jenama Gardenia dan besar kemungkinan mereka ini mempunyai agenda tersendiri.

    • Mualaikumsalam En. Rosli. Untuk membeli produk Gardenia dengan quantity yang banyak, anda boleh hubungi Bahagian Admin Jualan kami di talian 603 – 51613228.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Pemalsuan 4: Bernas mengarahkan Gardenia menghentikan pembelian tepung gandum dari Federal Flour Mills (FFM)

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=265717473475310 (Arkib PDF)

Penerjemahan: Kontrak bekalan tepung dengan FFM Federal Flour Mills telah dibatalkan oleh UMNO!

Dari mula lagi, FFM adalah rakan Gardenia. Hubungan kerja antara kilang tepung dengan kilang roti boleh diibaratkan seperti satu perkahwinan. Semua rahsia perdagangan seperti spesifikasi bahan dan resepi perlu dikongsi rapat. Dengan kehadiran pesaing baru pada tahun 1998, kami telah meminta agar FFM kekal setia kepada Gardenia kerana dari pengalaman kami, kami maklum yang rahsia kami boleh bocor kepada kilang roti yang baru. FFM memilih untuk bekerjasama dengan kilang roti baru yang memaksa kami membuat pilihan lain. Kami memilih untuk membeli tepung dari keluarga TEH di Perak melalui kilang tepung Malayan Flour Mill Berhad.

BERNAS menjadi pemegang saham utama GBKL pada tahun 2001 kerana Akta Kerjasama Industri 1975. Bagaimanapun, mereka tidak pernah masuk campur dalam sebarang operasi kami sejak hari pertama.

Jadi segala putar belit yang dilakukan untuk memboikot Gardenia bukan sahaja salah, malah amat membahayakan dan tidak bertanggungjawab kerana bermain dengan sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kami menggesa rakyat Malaysia agar sedar dan tidak membiarkan diri dieksploitasi oleh pembohongan.

One thought on “Pemalsuan 4: Bernas mengarahkan Gardenia menghentikan pembelian tepung gandum dari Federal Flour Mills (FFM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Pemalsuan 3: Status halal produk Gardenia di Sabah adalah diragui.

Kebenaran: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah merupakan dua syarikat berbeza yang tidak ada kaitan. Kedua dua syarikat ini mempunyai polisi, pengurusan dan sistem operasi masing-masing yang amat berlainan.

Semua produk yang dihasilkan oleh GBKL adalah disahkan halal oleh JAKIM. Jawatankuasa halal dalaman GBKL yang ditubuhkan pada 1994, memantau dan meneliti semua aspek berkaitan halal secara berterusan. Jawatankuasa ini diberi kuasa penuh berkaitan perkara halal dan syariah.