Pemalsuan 6 : Roti Gardenia Dengan Najis Tikus.

Baru-baru ini, gambar seperti di atas telah tersebar luas di internet. Kami ingin menjelaskan bahawa Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [Gardenia KL] dan Gardenia yang terdapat di Sabah, Sarawak dan Brunei adalah syarikat yang berbeza dan tiada kaitan antara satu sama lain. Syarikat-syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.

Gardenia KL hanya mempunyai lesen untuk mengeluarkan dan mengedar produk-produknya di Semenanjung Malaysia sahaja.

Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia di Semenanjung Malaysia bahawa Gardenia KL menjalankan tanggungjawab dengan serius bagi memastikan tahap kebersihan kilang yang tinggi supaya pelanggan dapat menikmati produk yang berkualiti dan segar setiap hari.

Kami mengesahkan bahawa produk di dalam gambar tersebut bukan milik Gardenia KL. Terdapat perbezaan yang tersendiri di pembungkusan yang digunakan oleh Gardenia KL dan pembungkusan seperti gambar di atas. Di sini juga, kami lampirkan gambar pembungkusan produk roti mil penuh keluaran Gardenia KL sebagai rujukan anda :

Kami amat hargai jika anda dapat kongsikan kenyataan ini kepada rakan-rakan anda di internet. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungiPegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-3228.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>