DUA entiti perniagaan BERASINGAN;
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Gardenia Food Industries Sabah

Ia telah dibawa kepada perhatian kami bahawa operasi perniagaan Gardenia Food Industries [Gardenia Sabah] telah didakwa ditutup oleh pihak berkuasa di Sabah.

Kami di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] ingin menjelaskan bahawa GBKL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza, dan tiada kaitan antara satu sama lain. GBKL hanya beroperasi untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala, Gardenia Sabah tertakluk dan meliputi pasaran Borneo/Malaysia Timur. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.

GBKL ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia kami di Semenanjung Malaysia bahawa adalah dasar dan kepercayaan kami untuk memberikan sesuatu yang terbaik dari segi produk dan perkhidmatan. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput orang ramai untuk datang melawat dan melihat sendiri operasi kami. Untuk maklumat lanjut / tempahan lawatan, sila hubungi kami di talian 1-800-88-3228 atau melalui e-mel customer_service@gardenia.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>