Berita mengenai Kim Teck Cheong Consolidated Bhd. memperolehi hak eksklusif untuk tanda dagangan (trademark) Gardenia di Sabah, Sarawak dan Indonesia

Kami di Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. [GBKL] mengambil langkah awal ingin menjelaskan bahawa, Kim Teck Cheong Consolidated Bhd. [KTC] memperolehi hak eksklusif untuk menggunakan tanda dagangan (trademark) Gardenia daripada Tong Hing Holdings Sdn. Bhd. (sebuah syarikat di Sabah) dan ini tiada kaitan dengan GBKL sama sekali.

Oleh itu, KTC dan/atau anak syarikatnya Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn. Bhd. mempunyai hak untuk menggunakan logo Gardenia dan tanda dagangan di Sabah, Sarawak dan Indonesia.

GBKL hanya beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja. GBKL adalah sebuah syarikat yang berbeza dan TIADA kaitan dengan KTC dan Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn. Bhd. Kami mempunyai produk, pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.

GBKL ingin memberi jaminan kepada semua pengguna kami di Semenanjung Malaysia bahawa ia merupakan dasar dan polisi syarikat untuk memberikan yang terbaik dari segi kualiti perkhidmatan dan produk. Kami telah berkembang dengan mengamalkan dasar ini sebaik mungkin dan bertekad untuk terus berbuat demikian.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 1-800-88-3228 atau e-mel kepada customer_service@gardenia.com.my.

Terima kasih.

Daripada,

Pihak Pengurusan

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
23hb Januari 2020

Gambar roti Original Classic dengan Original Klasik

Gambar di atas telah tular di media sosial sekali lagi. Kami ingin menjelaskan kepada semua bahawa roti “Klasik” (seperti di dalam gambar di atas) bukan keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Gardenia KL yang mengeluarkan roti “Original Classic” hanya mempunyai hak untuk mengeluarkan dan mengagihkan produk-produk Gardenia KL untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja.

Walaubagaimanapun, terdapat Gardenia di Sabah. Tetapi, Gardenia KL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tiada kaitan diantara satu sama lain. Pasaran Borneo/Malaysia Timur tertakluk di bawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi, sistem operasi dan produk yang berbeza.

Terdapat perbezaan yang tersendiri di pembungkusan yang digunakan oleh Gardenia KL dan pembungkusan yang digunakan oleh Gardenia Sabah seperti gambar di bawah. Di sini juga, kami lampirkan gambar pembungkusan produk roti Gardenia Original Classic keluaran Gardenia KL sebagai rujukan anda :

Gardenia KL menggesa kepada semua pelanggan untuk lanjutkan maklumat ini dan kongsi perkara sebenar bersama keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-3228.

Terima kasih.

Daripada,
Pihak Pengurusan
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd