Roti Bukan Keluaran Gardenia KL

Selamat Sejahtera,

Terima kasih kerana meluangkan masa menulis kepada kami untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Kami mengesahkan bahawa produk di dalam gambar di atas bukan keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL).

Terdapat perbezaan yang tersendiri di pembungkusan yang digunakan oleh Gardenia KL dan pembungkusan yang digunakan oleh Gardenia Sabah seperti gambar di bawah. Di sini juga, kami lampirkan gambar pembungkusan produk roti Gardenia Original Classic keluaran Gardenia KL sebagai rujukan anda :

Keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Keluaran Gardenia Sabah

Untuk pengetahuan anda, Gardenia KL hanya mempunyai hak untuk mengeluarkan dan mengagihkan produk-produk Gardenia untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja.

Gardenia KL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain. Pasaran Borneo / Malaysia Timur tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.

Kami sarankan anda lanjutkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berkongsi mengenai roti viral ini di laman sosial. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-3228.

Terima kasih.

Daripada,
Pihak Pengurusan
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd