Pemalsuan 8 : Saya juga menemui ulat yang masih hidup dalam bun Sambal Bilis saya.

Sejak semalam, kami perhatikan banyak rentetan pos dimuatnaik di kebanyakkan platform media sosial kononnya mendakwa menemui ulat yang masih hidup dalam bun Sambal Bilis mereka. 

Yang amat mengejutkan, semua aduan ini telah disertai dengan apa yang dipercayai iaitu  gambar yang serupa

<https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206992598088453&set=pcb.10206992617848947&type=3&theater> (Archive) yang digunakan sebagai instrumen dalam pos sebelum ini oleh pengguna Facebook <www.facebook.com/kennyozl>

Kami yakin bahawa, ini merupakan satu usaha jahat yang dirancang oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab dengan agenda jahat mereka sendiri. Dengan ini, kami ingin menyeru kepada semua netizen untuk mengambil masa dan menilai keadaan / fakta untuk diri mereka sendiri.  Jangan biarkan anda dimanipulasi dengan taktik kotor yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Pemalsuan 7 : Bun Sambal Bilis Gardenia dengan ulat yang masih hidup.

Pos ini telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook <www.facebook.com/kennyozl> yang mendakwa bahawa terdapat ulat yang masih hidup merangkak keluar dari bun sambal bilis beliau.

https://www.facebook.com/kennyozl/posts/10206992617848947?pnref=story (Archive)

Kami telah memulakan penyiasatan hanya berdasarkan video dan gambar yang telah dimuatnaik oleh kerana setakat ini kami tidak dihubungi oleh pengguna Facebook berkenaan. Kami dapati bahawa ianya tidak berasas dan tidak benar sama sekali. Ini kerana proses pembakaran yang suhunya mencecah 240°C selama kira-kira 12 minit akan tentu mematikan ulat tersebut. Suhu yang akan membunuh serangga perosak tanpa mengira kitaran hidup (dari peringkat telur ke dewasa) secara umum adalah 48°C. Semakin tinggi suhu, semakin singkat proses pembunuhan.

Oleh demikian, kami mengesyaki bahawa pos tersebut telah didorong oleh niat jahat dan kami menyeru kepada semua netizen di luar sana untuk membetulkan penyataan yang salah.  Kami amat hargai jika anda dapat kongsikan kenyataan ini kepada rakan-rakan anda di internet. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-3228.

Terima kasih.

Gardenia Hanya Menggunakan Tepung Gandum Berprotein Tinggi Tanpa Peluntur (‘unbleached’)

Berkenaan isu Tepung Gandum berpeluntur yang didakwa boleh membahayakan kesihatan yang tersebar luas di media massa, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi jaminan kepada semua pelanggan setia di Semenanjung Malaysia bahawa produk-produk Gardenia tidak terjejas sama sekali.

Gardenia KL ingin menegaskan bahawa kami hanya menggunakan tepung gandum berprotein tinggi tanpa peluntur untuk menghasilkan produk-produk Gardenia.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kesemua roti sandwic Gardenia tidak mempunyai sebarang pengawet tiruan, sintetik atau bukan semulajadi.

Kami amat hargai jika anda dapat kongsikan kenyataan ini kepada rakan-rakan anda. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-3228.

Terima kasih.