Harga produk-produk Gardenia akibat penurunan harga petrol pada bulan Januari 2015

Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan tentang harga produk-produk Gardenia.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada para pengguna bahawa kos keseluruhan produk Gardenia bukan sahaja terdiri daripada kos pengedaran, malahan sebahagian besar daripada kos pengeluaran kami tersebut adalah terdiri daripada kos bahan mentah, kos operasi, kos buruh, kos utiliti dan lain-lain kos lagi.

Sebarang kesan penurunan harga petrol pada bulan Januari 2015 adalah minima jika dibandingkan dengan kenaikan kos bahan mentah disebabkan pertukaran wang asing, kenaikan gaji (tahap minima), kenaikan kos utiliti (kadar kekal dari kenaikan sebelumnya) dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kami dengan rasa berat hati memaklumkan bahawa pihak kami terpaksa mengekalkan harga produk-produk buat masa ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 1-800-88-3228 atau email kepada customer_service@gardenia.com.my