Pemalsuan 5: Percetakan Pembungkusan Bun Sambal Bilis Gardenia Telah Diedit

Mouse

Baru-baru ini, gambar seperti di atas telah tersebar luas di laman Facebook dan kami ingin membetulkan pembohongan ini. Percetakan pembungkusan Bun Sambal Bilis tersebut telah diedit dan disebarkan di internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan bertujuan memburukkan nama dan reputasi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL).

Walaubagaimanapun, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawa semua percetakan pembungkusan Bun Sambal Bilis Gardenia adalah betul dan tepat. GBKL juga ingin mengambil peluang ini menjamin bahawa anda tidak akan mendapati pembungkusan seperti yang telah disebarkan (Sambal Iblis) di pasaran.

Sekiranya terdapat pembungkusan tersebut di pasaran, anda boleh menghubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-3228, melalui laman web www.gardenia.com.my ataupun laman Facebook rasmi Gardenia. Pihak kami amat memandang serius tentang perkara ini dan akan berusaha untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tindakan sewajarnya akan diambil untuk mengatasi perkara ini dari berulang kembali.

Terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian kami.