PERADUAN SORAKAN GARDENIA BREAKTHRU 2024

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN PERADUAN SORAKAN GARDENIA BREAKTHRU 2024

Langkah 1:  Beli mana-mana satu (1) buku roti Gardenia Breakthru.

Langkah 2: Berikan ucapan semangat kepada Dato Azizul bermula dengan: "Semoga Dato Azizul..." maksimum 30 patah perkataan.

Langkah 3: Hantar gambar resit dan ucapan melalui Google Form https://bit.ly/PeraduanSorakanGardeniaBreakthru

Langkah 4: Like posting ini dan tag 3 rakan anda di laman Facebook dan Instagram.

 

Pastikan anda telah "Like" laman Facebook & ikuti Instagram Gardenia KL!

Facebook: https://www.facebook.com/GardeniaKL  

Instagram: https://www.instagram.com/gardenia_kl/

 

TERMA DAN SYARAT – PERADUAN SORAKAN GARDENIA BREAKTHRU 2024

  1. Tempoh PERADUAN SORAKAN GARDENIA BREAKTHRU 2024 ini adalah daripada 8 Julai 2024 – 8 Ogos 2024 dan tarikh tamat Peraduan adalah pada 8 Ogos 2024, jam 11.59 malam. 
  2. PERADUAN SORAKAN GARDENIA BREAKTHRU 2024 ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah dan beralamat tempat tinggal di Malaysia, berumur 18 tahun tahun dan ke atas pada tarikh permulaan promosi kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan juga ahli keluarga mereka yang terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal / pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam promosi ini.
  3. Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Facebook atau Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. sahaja iaitu https://www.facebook.com/GardeniaKL ATAU https://www.instagram.com/gardenia_kl
  4. Peserta boleh menghantar penyertaan sebanyak mungkin semasa tempoh peraduan berlangsung.
  5. Pengumuman para pemenang akan dibuat melalui laman sosial Facebook: https://www.facebook.com/GardeniaKL & Instagram: https://www.instagram.com/gardenia_kl/ dan para pemenang akan dihubungi oleh pihak Gardenia melalui laman sosial tersebut.
  6. Sebanyak 22 Pemenang yang akan dipilih sepanjang Tempoh Peraduan
    • Hadiah Utama
    • 2 Pemenang x 5g Jongkong emas 999 setiap seorang.
    • Hadiah Saguhati
    • 20 Pemenang x1 RM125 Pin Tambah Nilai/setiap seorang.
  7. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak memilih pemenang berdasarkan kriteria dibawah:
    • Beli mana-mana satu (1) buku roti Gardenia Breakthru.
    • Berikan ucapan semangat kepada Dato Azizul yang paling kreatif bermula dengan: "Semoga Dato Azizul..." maksimum 30 patah perkataan.
    • Hantar gambar resit pembelian yang jelas & resit yang dihantar mestilah tertera  dalam lingkungan tarikh peraduan Sahaja dan ucapan melalui Google Form ini.
    • “Like” posting ini dan tag 3 rakan anda di laman Facebook dan Instagram.
    • Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN PERADUAN SORAKAN GARDENIA BREAKTHRU 2024 untuk maklumat lanjut.
  8. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan dalam apa jua cara sebagai bukti kesemua LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN (Langkah 1 – Langkah 4) telah lengkap dibuat untuk pemilihan pemenang.
  9. Pemenang hadiah utama akan menerima surat tuntutan dan perlu menuntut hadiah mereka dari cawangan HABIB yang ditetapkan. Selepas pengumuman pemenang dibuat, para pemenang dikehendaki untuk menghantar PM (Pesanan Peribadi) kepada GardeniaKL dalam tempoh 3 hari dengan maklumat berikut:
    • Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan atau kad MyPR)
    • Nombor & salinan kad pengenalan (Untuk keselamatan, sila pangkah dan tulis 'Untuk Kegunaan Peraduan Sorakan 2024' pada salinan tersebut)
    • Nombor Telefon
    • Alamat Emel
  10. Hadiah wang tunai yang dimenang tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat Touch 'n Go eWallet atas nama sendiri sahaja. Hadiah Touch 'n Go eWallet tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14 hari bekerja selepas nama pemenang diumumkan.
  11. Sekiranya Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.
  12. Keputusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
  13. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu.
  14. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.
  15. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku/terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.
  16. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan/atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
  17. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
  18. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
  19. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi