TERMA & SYARAT PERADUAN RAMADAN RAYA GARDENIA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RAMADAN RAYA GARDENIA

Langkah 1: LIKE dan FOLLOW laman rasmi Facebook Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. https://www.facebook.com/GardeniaKL

Langkah 2: Kongsikan gambar kreatif anda dengan Pek Raya Original Classic Edisi Terhad di ruangan komen Post Peraduan.

Langkah 3: Tag 3 rakan anda bersama gambar tersebut.

Langkah 4: Akhir sekali, kongsikan Post Peraduan tersebut di wall anda dan sertakan hashtags #RamadanRayaGardenia.

Langkah 5: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam nota ini.

 

TERMA & SYARAT PERADUAN RAMADAN RAYA GARDENIA

  1. Tempoh Peraduan Ramadan Raya Gardenia ini adalah dari 18hb April 2022 – 30hb April 2022.

  2. Peraduan Ramadan Raya Gardenia ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Permastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan peraduan.

  3. Kumpulan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:

    1. Kakitangan penganjur dan agensi penganjur pengiklanan yang berkaitan dengan promosi serta keluarga terdekat.
  4. Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Facebook Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. sahaja iaitu https://www.facebook.com/GardeniaKL ATAU https://www.instagram.com/quickbitesgardenia/

  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 5 langkah CARA-CARA PENYERTAAN Peraduan Ramadan Raya Gardenia yang dinyatakan di atas.

  6. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.

  7. Setiap peserta boleh berkongsi lebih daripada satu penyertaan. Hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan dari 18hb April 2022 – 30hb April 2022, jika dipilih.

  8. Hanya 13 pemenang sahaja yang akan dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berikut:

    • Pemenang Hadiah Utama: Wang tunai berjumlah RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) untuk seorang pemenang.
    • Pemenang Hadiah Kedua: Wang tunai berjumlah RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) untuk seorang pemenang.
    • Pemenang Hadiah Ketiga: Wang tunai berjumlah RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) untuk seorang pemenang.
    • Pemenang Hadiah Saguhati: Wang tunai berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi setiap pemenang (Jumlah 10 pemenang).
  9. Pemenang akan diumumkan di laman rasmi Facebook Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd pada 11hb Mei 2022.

  10. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:

    1. Perkongsian gambar anda dengan Pek Raya Original Classic Edisi Terhad yang paling kreatif.
    2. Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RAMADAN RAYA GARDENIA untuk maklumat lanjut.
  11. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti di atas dan tidak terhad kepada CARA-CARA PENYERTAAN Langkah 1 – Langkah 5 untuk pemilihan pemenang.

  12. Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) kami dalam masa 3 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan atau kad MyPR)
    2. Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Ramadan Raya Gardenia Sahaja’ di salinan Kad Pengenalan atau kad MyPR
    3. Nombor telefon
    4. Emel
    5. Nama Bank
    6. Nombor Akaun Bank
  13. Hadiah wang tunai yang dimenang tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14 hari bekerja.

  14. Sekiranya Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.

  15. Keputusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  16. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu.

  17. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.

  18. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku/terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.

  19. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan/atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  20. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  21. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  22. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi