TERMA & SYARAT – PERADUAN PANTUN CAHAYA RAMADAN GARDENIA 2023

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN PERADUAN PANTUN CAHAYA RAMADAN GARDENIA 2023

Langkah 1: Ikuti kami di laman Instagram & Facebook dan “like” post peraduan ini.

Facebook: https://bit.ly/FBGBKLPeraduanPantunCahayaRamadan
Instagram: https://www.instagram.com/p/CqRlrJqpe9j/

Langkah 2: Komen dengan pantun yang paling kreatif di ruang komen ini dan sertakan hashtag #CahayaRamadanGardenia

Langkah 3: Tag 3 rakan anda di ruang komen ini.

Langkah 4: Jangan lupa untuk kongsikan posting “Peraduan Pantun Cahaya Ramadan GARDENIA 2023” ini!

 

TERMA & SYARAT – PERADUAN PANTUN CAHAYA RAMADAN GARDENIA 2023

  1. Tempoh Peraduan Pantun Cahaya Ramadan Gardenia 2023 ini adalah dari 27hb Mac 2023 – 7hb April 2023 dan tarikh tamat Peraduan Pantun Cahaya Ramadan Gardenia adalah pada 7hb April 2023, jam 11.59 malam .

  2. Peraduan Pantun Cahaya Ramadan Gardenia 2023 ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Permastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan peraduan.

  3. Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Facebook atau Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. sahaja iaitu https://www.facebook.com/GardeniaKL ATAU https://www.instagram.com/gardenia_kl

  4. Peserta boleh menghantar pantun penyertaan sebanyak mungkin semasa tempoh peraduan berlangsung.

  5. Pengumuman para pemenang akan dibuat pada 13hb April 2023 melalui laman sosial Facebook: https://www.facebook.com/GardeniaKL dan Instagram: https://www.instagram.com/gardenia_kl Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan para pemenang akan dihubungi oleh pihak Gardenia melalui laman sosial tersebut.

  6. Hanya 10x pemenang sahaja (5x pemenang dari penyertaan di Facebook & 5x pemenang dari penyertaan di Instagram) yang akan dipilih untuk memenangi hadiah berupa duit raya RM200 seorang.

  7. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak memilih pemenang berdasarkan kriteria dibawah:

    1. Pantun yang kreatif dan mengikut tema Cahaya Ramadan.
    2. Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN PERADUAN PANTUN CAHAYA RAMADAN GARDENIA 2023 untuk maklumat lanjut.
  8. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti di atas dan tidak terhad kepada LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN Langkah 1 – Langkah 4 untuk pemilihan pemenang.

  9. Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) kami dalam masa 3 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan atau kad MyPR)
    2. Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Ramadan Raya Gardenia Sahaja’ di salinan Kad Pengenalan atau kad MyPR
    3. Nombor telefon
    4. Emel
    5. Nama Bank
    6. Nombor Akaun Bank
  10. Hadiah wang tunai yang dimenang tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14 hari bekerja.

  11. Sekiranya Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.

  12. Keputusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  13. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu.

  14. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.

  15. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku/terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.

  16. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan/atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  17. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  18. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  19. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi