TERMA & SYARAT
Peraduan Meriah Tahun Baharu Bersama Gardenia 2024 “Promosi” dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd “Pihak Penganjur”. Dengan menyertai Promosi, anda “Peserta” mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tertera seperti berikut: -
Pihak Penganjur | Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd |
Promosi | Peraduan Meriah Tahun Baharu Bersama Gardenia 2024 |
Tempoh Promosi | Promosi ini berlangsung dari 1hb Januari 2024 hingga 29hb Februari 2024. |
Kelayakan | Promosi ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah dan beralamat tempat tinggal di Malaysia, berumur 18 tahun tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Promosi kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan juga ahli keluarga mereka yang terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Promosi ini. |
Cara-Cara Penyertaan |
Langkah 1: Langkah 2: Produk-produk yang terlibat dalam Promosi ini
Soalan Peraduan: Roti Putih Gardenia Original Classic 400g adalah salah satu produk yang terlibat dalam peraduan ini. (Betul/Salah) Setiap satu (1) buku roti Gardenia Toast’em yang terlibat mewakili dua (2) penyertaan, dan dua (2) nombor siri akan diberikan berturut – turut secara belakang tabir. Manakala, setiap satu (1) Buku roti Gardenia yang terlibat selain dari Gardenia Toast’em mewakili satu (1) Penyertaan, dan satu (1) nombor siri akan diberikan secara belakang tabir untuk untuk tujuan pemilihan pemenang. |
Tarikh Akhir Penyertaan |
Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 pada 29hb Februari 2024. Sebarang Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik. Untuk Penyertaan mingguan, Penganjur akan menerima Penyertaan pada atau sebelum 23:59:59 pada tarikh akhir setiap "Minggu Promosi" seperti yang tertera di bawah:
|
Hadiah |
Sebanyak 107 Pemenang yang akan dipilih sepanjang Tempoh Promosi. Hadiah Utama Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga Hadiah Saguhati Setiap peserta layak memenangi maksimum dua (2) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Promosi: 1 x Hadiah Mingguan dan 1 x Hadiah Utama atau Pengumuman pemenang akan dilakukan di https://www.facebook.com/GardeniaKL dan https://www.instagram.com/gardenia_kl/# |
Perincian Pengadilan |
Penyertaan akan disahkan berdasarkan perkara berikut:
|
Pemilihan Pemenang | HADIAH MINGGUAN - 10 x RM88.00 PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet. Terdapat sepuluh [10] x PIN Tambah Nilai eWallet Touch 'n Go bernilai RM88.00 untuk dimenangi setiap minggu selama lapan [8] minggu berturut-turut. Secara keseluruhan, terdapat lapan puluh [80] Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi. Setiap minggu nombor siri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Mingguan yang layak akan ditabulasikan dan dikira sehingga memperoleh jumlah Penyertaan Mingguan Berkelayakan ["Jumlah Penyertaan Mingguan yang Layak"]. Dengan mengandaikan Jumlah Penyertaan Mingguan Layak yang diterima untuk Minggu Promosi ialah 997, Penganjur akan mengira dan memilih Penyertaan pemenang yang disenarai pendek berdasarkan contoh berikut: 997 ÷ 10 = 99.7* = 99 Contoh nombor siri kemenangan yang disenarai pendek; 99,198,297,396,495 dan seterusnya sehingga 10 nombor siri. Seramai 10 pemenang akan dipilih untuk setiap Minggu Promosi. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Setiap Penyertaan yang layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan yang layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi (cth., 12600 nombor siri) ÷ 2 = nombor bersiri menang, contohnya: 12600 ÷ 2 = 6300 Oleh itu, pemenang Hadiah Utama ialah Penyertaan nombor siri ke-6300. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 1 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Utama sepanjang Tempoh Promosi. Setiap Penyertaan yang layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan yang layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi dan ditolak jumlah Penyertaan Pemenang Hadiah Utama (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2) ÷ 8 = nombor siri menang, contohnya: (12600 – 2) ÷ 8= 1574.75 = 1574 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 1574 ) Oleh itu, pemenang Hadiah Pertama ialah Penyertaan nombor siri ke-1574 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 1574. Contoh nombor siri yang menang adalah nombor siri 1574,3148,4722,6296 dan seterusnya sehingga 8 nombor siri akan dipilih sebagai Pemenang. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 8 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Kedua sepanjang Tempoh Promosi. Setiap Penyertaan yang layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan yang layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi dan ditolak jumlah Penyertaan Pemenang Hadiah Utama (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2) dan Penyertaan Pemenang Hadiah Pertama, contoh 12) ÷ 8 = nombor bersiri contohnya: 12600 - ( 2+12) ÷ 8 = 1573.25 = 1573 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 1573) Oleh itu, pemenang Hadiah Kedua ialah Penyertaan nombor siri ke-1573 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 1573. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 1573,3146,4719,6292 dan seterusnya sehingga 8 nombor siri akan dipilih sebagai Pemenang. Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 8 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Kedua sepanjang Tempoh Promosi. Setiap Penyertaan yang layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2, Penyertaan Pemenang Hadiah Pertama, contoh 12 dan Penyertaan Pemenang Hadiah Kedua, contoh 15) ÷ 10 = nombor bersiri menang, contohnya: 12600 - ( 2+12+15) ÷ 10 = 1257.1 =1257 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 1257) Oleh itu, pemenang Hadiah Ketiga ialah Penyertaan nombor siri ke-1257 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 1257. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 1257,2514,3771,5028,6285 dan seterusnya sehingga 10 nombor siri akan dipilih sebagai Pemenang. Formula pembundaran akan dilakukan di mana nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat. Seramai 10 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Ketiga sepanjang Tempoh Promosi. Pemenang yang terpilih berdasarkan kaedah pemilihan nombor siri akan dimaklumkan atau dihubungi melalui WhatsApp daripada nombor peraduan 013-6928219 untuk mendapatkan alamat penghantaran atau maklumat perbankan untuk tujuan pemberian hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atas apa juga sebab. |
Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah |
|
Lain-lain |
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian dan maklumat yang lengkap. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Bukti Pembelian yang salah, tidak lengkap atau tidak jelas. Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruan, melanggari (atau mungkin melanggari) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucutkan hak secara automatik. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, ditukar dan dipindah milik. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Promosi ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:-
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Promosi ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau agensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga). Dengan menyertai Promosi ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan dan memproses data butiran peribadi yang diberikan untuk tujuan Promosi ini dan menggunakan nama dan gambar tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Promosi ini dari semasa ke semasa. Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Promosi ini akan menjadi hak milik Pihak Penganjur. Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Promosi ini dengan memberi notis terlebih dahulu dilaman https://www.gardenia.com.my/ dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian hadiah, membatalkan atau menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan Peserta berterusan di dalam Promosi ini menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah). Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi. Untuk pertanyaan lanjut tentang promosi ini, sila hubungi Hotline 013-6928219, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang kecuali cuti umum. |