TERMA & SYARAT PERADUAN MASAK, SNAP & MENANG BERSAMA GARDENIA X KHAIRUL AMING
CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK, SNAP & MENANG BERSAMA GARDENIA X KHAIRUL AMING
Langkah 1: 'FOLLOW’ laman rasmi Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. https://www.instagram.com/gardenia_kl/
Langkah 2: Cuba resipi Breakfast Sandwhich Gardenia Original Classic daripada Khairul Aming dan kongsikan gambar masakan anda secara ‘Flatlay’ yang kreatif di Instagram profile anda
Langkah 3: Lengkapkan slogan ini di bahagian kapsyen gambar: Kebaikan Nutrinegy™ pada Roti Putih Gardenia Original Classic adalah pilihan terbaik kerana… (tidak melebihi 25 patah perkataan) beserta hashtag #GardeniaxKhairulAming #GardeniaOriginalClassic
Langkah 4: Tag Instagram @gardenia_kl dan pastikan akaun Instagram anda ditetapkan untuk tatapan umum (Public).
TERMA & SYARAT PERADUAN MASAK, SNAP & MENANG BERSAMA GARDENIA X KHAIRUL AMING
-
Tempoh Peraduan Masak, Snap & Menang Bersama Gardenia X Khairul Aming ini adalah dari 20hb Januari – 3hb Februari 2022.
-
Peraduan Masak, Snap & Menang Bersama Gardenia X Khairul Aming ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Permastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan peraduan.
-
Kumpulan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:
- Kakitangan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., pekerja atau wakil agensi penganjur pengiklanan yang berkaitan dengan promosi termasuk keluarga terdekat (anak, ibu, bapa, adik beradik dan pasangan.
-
Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. sahaja iaitu https://www.instagram.com/gardenia_kl/
-
Peserta hendaklah mengikuti kesemua 4 langkah Cara-cara penyertaan Peraduan Masak, Snap & Menang Bersama Gardenia X Khairul Aming seperti yang dinyatakan di atas.
-
Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
-
Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan dari 20hb Januari – 3hb Februari 2022 jika dipilih.
-
Pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan memilih dua belas (12) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah – hadiah berikut:
- 1x Pemenang Hadiah Utama: Morphy Richard Special Edition Slice Toaster & Kettle
- 1x Pemenang Hadiah Kedua: La Gourmet 28cm Pan with Glass Cover
- 10x Pemenang Hadiah Saguhati: Wang tunai berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja) bagi setiap pemenang
-
Pemenang akan diumumkan melalui Instagram LIVE di Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bersama Khairul Aming pada 22hb Februari 2022.
-
Pengumuman senarai pemenang juga akan dikongsikan di bahagian komen pos peraduan tersebut di Iaman rasmi Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. selepas sesi Instagram Live.
-
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
- Gambar secara ‘flatlay’ yang paling kreatif, menarik dan memikat hati para juri.
- Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK, SNAP & MENANG BERSAMA Gardenia X Khairul Aming untuk maklumat lanjut.
-
Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti yang tertera di CARA-CARA PENYERTAAN Langkah 1 – Langkah 4 untuk pemilihan pemenang.
-
Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) kami dalam masa 3 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan atau kad MyPR)
- Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Masak, Snap & Menang Bersama Gardenia X Khairul Aming Sahaja’ di salinan Kad Pengenalan atau kad MyPR
- Nombor telefon
- Alamat Tempat Tinggal (bagi pemenang hadiah Utama dan Kedua sahaja)
- Emel
- Nama Bank & Nombor Akaun Bank (bagi pemenang Hadiah Saguhati sahaja)
-
Hadiah wang tunai sebanyak RM50.00 (bagi pemenang Hadiah Saguhati sahaja) tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
-
Hadiah yang dimenangi (bagi pemenang Hadiah Utama & Kedua) juga akan di hantar ke alamat yang diberikan dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
-
Sekiranya Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 3 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.
-
Keputusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
-
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu.
-
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.
-
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku/terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.
-
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan/atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
-
Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
-
Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
-
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi