TERMA & SYARAT PERADUAN BELI & MENANG TAHUN BARU NUMEE
CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN BELI & MENANG TAHUN BARU NUMEE
Langkah 1: Beli mana-mana produk NuMee Gardenia bernilai minima RM10 dalam satu resit. (simpan resit sebagai bukti pembelian)
Langkah 2: Like dan Follow Facebook Rasmi NuMee Gardenia
Langkah 3: Komen “Saya sudah sertai Peraduan Beli & Menang Tahun Baru NuMee” dan tag 2 rakan anda serta Private Message (PM) gambar resit pembelian
Langkah 4: Kongsi post Peraduan di wall anda beserta hashtag #TahunBaruBersamaNuMee
TERMA & SYARAT PERADUAN BELI & MENANG WANG TAHUN BARU NUMEE
Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 1hb Disember 2023 – 31hb Disember 2023.
-
Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen post Peraduan sebelum 11.59pm, 31hb Disember 2023. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31hb Disember 2023 tidak akan dilayan.
-
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia sahaja (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
-
Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/
-
Peserta hendaklah mengikuti kesemua Langkah - Langkah ‘Cara Penyertaan Peraduan Beli & Menang Tahun Baru NuMee’ seperti yang dinyatakan di atas.
-
Penyertaan yang tidak jelas/ tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
-
Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan anda sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah wang tunai sepanjang tempoh peraduan dari 1hb Disember 2023 – 31hb Disember 2023, jika dipilih.
-
Pihak NuMee akan memilih satu (1) orang pemenang sahaja untuk memenangi Hadiah Utama Touch n’Go eWallet bernilai RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Sahaja)
-
Empat puluh lima (45) orang pemenang akan memenangi hadiah Saguhati Touch n’Go eWallet bernilai RM50 (Ringgit Malaysia lima Puluh Ringgit Sahaja), setiap seorang.
-
Pihak NuMee akan membuat pengumuman pemenang di Facebook rasmi NuMee Gardenia pada 10hb Januari 2024.
-
Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
- Pemenang yang berkongsi resit pembelian NuMee Gardenia bernilai minima RM10
- Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN BELI & MENANG TAHUN BARU NUMEE untuk maklumat lanjut.
-
Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat untuk tujuan penebusan hadiah. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
- Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Beli & Menang Tahun Baru NuMee pada salinan Kad Pengenalan)
- Nombor Telefon
-
Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM2,500.00 tidak boleh dipindah milik.
-
Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
-
Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
-
Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
-
Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi kepada peserta sepanjang tempoh peraduan ini.
-
Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
-
Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
-
Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
-
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi