TERMA & SYARAT - Gardenia World Children’s Day 2023 Costume Contest

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN

Langkah 1: LIKE & FOLLOW Laman Rasmi Facebook Gardenia Bakeries KL

Langkah 2: GAYAKAN KOSTUM BERSAMA ELEMEN/PRODUK GARDENIA & AMBIL GAMBAR
Gayakan kostum kegemaran adik-adik. Ambil selfie kreatif atau bersama keluarga/rakan-rakan. Sama ada kostum seorang superhero, putera, puteri atau berpakaian dalam kostum berwarna-warni, tunjukkan kreativiti dalam diri adik-adik! Jangan lupa, masukkan sekali elemen/produk Gardenia dalam foto tersebut ya!

Langkah 3: KONGSI & TAG
Hanya kongsikan gambar tersebut di bahagian komen ini dan sertakan hashtag ini #GardeniaOOTDContest & #GardeniaChildrensDay.

*Pastikan profil anda ditetapkan kepada umum, supaya pihak Gardenia boleh menilai penyertaan anda.

 

TERMA & SYARAT PERADUAN - Gardenia World Children’s Day 2023 Costume Contest

  1. Gardenia World Children’s Day 2023 Costume Contest akan bermula pada 20 November 2023 dan berakhir pada 10 Disember 2023 jam 11:59 malam.

  2. Gardenia World Children’s Day 2023 Costume Contest terbuka untuk semua rakyat Malaysia berumur 6 - 18 tahun, dan menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.

  3. Peserta mesti mengikuti semua 3 langkah CARA-CARA PENYERTAAN Gardenia World Children’s Day 2023 Costume Contest seperti yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap dan tidak mematuhi semua terma & syarat yang diperlukan akan dibatalkan.

  4. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya SATU penyertaan akan dinilai dan layak memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan, jika dipilih.

  5. Peserta yang memenuhi semua syarat peraduan akan disenarai pendek dan seramai lapan (8) pemenang daripada setiap kategori akan dipilih oleh para juri berdasarkan penyertaan yang paling kreatif.

  6. 16 pemenang akan dipilih dalam tempoh peraduan dengan jumlah hadiah wang tunai RM2,100 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Satu Ratus sahaja).

    Kategori A: 6 - 12 tahun Kategori B: 13 - 18 tahun
    Pemenang Tempat Pertama RM500 x 1 pemenang Pemenang Tempat Pertama RM500 x 1 pemenang
    Pemenang Tempat Kedua RM200 x 1 pemenang Pemenang Tempat Kedua RM200 x 1 pemenang
    Pemenang Tempat Ketiga RM100 x 1 pemenang Pemenang Tempat Ketiga RM100 x 1 pemenang
    Hadiah saguhati RM50 x 5 pemenang Hadiah saguhati RM50 x 5 pemenang
  7. Pihak GardeniaKL akan membuat pengumuman pemenang di laman rasmi Facebook Gardenia Bakeries KL pada 29hb Disember 2023.

  8. Pihak GardeniaKL akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:

    1. Peserta mengikuti semua langkah mengenai "Cara-cara Penyertaan" seperti yang dinyatakan di atas. (Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN Gardenia World Children’s Day Costume Contest untuk maklumat lanjut).
    2. Penyertaan paling kreatif, menarik dan memikat hati para juri.
  9. Pihak GardeniaKL berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti di atas, dan tidak terhad kepada CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN Langkah 1 - Langkah 3 untuk pemilihan pemenang.

  10. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat untuk tujuan penebusan hadiah. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Nama Penuh Peserta seperti yang tertera pada Kad Pengenalan.
    2. Nombor & salinan Kad Pengenalan peserta dan penjaga (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan GardeniaKL World Children’s Day 2023 sahaja’ pada salinan Kad Pengenalan)
    3. Nombor Telefon
    4. Alamat e-mel
    5. Nama Bank dan nombor akaun
  11. Pemenang untuk kategori utama akan menerima wang tunai (secara Online Transfer) berserta Gardenia Goody Bag. Pemenang untuk kategori Penyertaan Terawal Mingguan akan menerima barangan Eksklusif Gardenia berserta Gardenia Goody Bag. Semua pemenang yang layak akan menerima hadiah dalam masa 21 hari bekerja selepas tarikh pengumuman keputusan dibuat. Pemenang mestilah memberi maklumat bank atas nama mereka sendiri sahaja. Hadiah wang tunai adalah tidak boleh dipindah milik.

  12. Sekiranya pihak GardeniaKL tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak GardeniaKL berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.

  13. Keputusan pihak GardeniaKL dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  14. Pihak GardeniaKL berhak untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula, melanjutkan atau menamatkan pada bila-bila masa untuk Gardenia World Children’s Day 2023 Costume Contest.

  15. Pihak GardeniaKL tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua perkara yang akan terjadi kepada peserta sepanjang tempoh peraduan ini.

  16. Pihak GardeniaKL berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar-gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  17. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  18. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  19. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi

  20. Semua penyertaan mesti diterima oleh pihak Penganjur pada atau sebelum 11:59 malam pada 10hb Disember 2023. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan yang tidak lengkap dan lewat. Penganjur dan syarikat tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua perkara seperti kelewatan, ketidakserahan dan/atau gangguan visual yang dihantar atau diterima melalui mana-mana akaun Facebook dan/atau Instagram. Peserta yang melanggar mana-mana peraturan, mendapat kelebihan tidak adil dalam menyertai Peraduan, atau memperoleh status pemenang menggunakan cara penipuan akan dibatalkan kelayakan. Tingkah laku yang tidak suka sukan, mengganggu, menjengkelkan, mengganggu atau mengancam adalah dilarang sama sekali.