TERMA & SYARAT - Gardenia Beli, Kumpul dan Tebus

Promosi Gardenia Beli, Kumpul dan Tebus (”Promosi”) dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (”Pihak Penganjur”). Dengan menyertai Promosi, anda (”Peserta”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut:-

Pihak Penganjur Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Promosi Beli, Kumpul dan Tebus
Tempoh Promosi Promosi ini berlangsung dari 1 Januari 2023 hingga 31 Januari 2023.
Kelayakan Promosi ini terbuka kepada semua warganegara di Semenanjung Malaysia yang berumur 18 tahun tahun ke atas (pada tahun Januari 2023) di kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan ahli keluarga terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Promosi ini.
Cara-Cara Penyertaan
Langkah 1: Beli (10) sepuluh pek Gardenia Original Classic 400g atau (5) lima pek Gardenia Original Classic Jumbo 600g sepanjang Tempoh Promosi.

Kod bar:
9556231 111110

Kod bar:
9556231 110045
Langkah 2: Kumpul kod bar pada bungkusan dan tag roti Gardenia.
(“Bukti Pembelian”).
Langkah 3: Muat turun borang Promosi di SINI dan isikan butiran yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar Bukti Pembelian dan borang Promosi ke
Gardenia Beli, Kumpul dan Tebus,
No.15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3,
Prime Light Industrial Park,
47610 Subang Jaya, Selangor.

Nota: Tag roti bertarikh 26 Disember 2022 sehingga 7 Febuari 2023 sahaja yang akan diterima sebagai Bukti Pembelian.

Hadiah Kalendar Gardenia Original Classic 2023 Edisi Terhad kepada (1000) seribu penebusan yang pertama yang layak.
Penghantaran Hadiah
  1. Hadiah akan dihantarkan ke alamat yang diberikan oleh Peserta dalam borang Promosi. Peserta bertanggungjawab memberi butiran dan alamat yang betul, sah dan terkini.

  2. Hadiah akan dihantar dalam masa 4-6 minggu selepas Promosi tamat.

  3. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kecacatan pada hadiah, tempoh penghantaran yang lama, alamat penghantaran yang salah atau tidak sah yang diberikan untuk Peserta, hadiah yang tidak dituntut, hilang atau dicuri dan tidak akan melayan sebarang tuntutan untuk bayaran balik.

Lain-lain
  1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian dan borang Promosi yang lengkap. Setiap Bukti Pembelian dan borang Promosi hanya layak untuk satu penyertaan sahaja. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Bukti Pembelian dan borang Promosi yang salah, tidak lengkap atau tidak jelas. Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruan, melanggari (atau mungkin melanggari) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta itelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucutkan hak secara automatik.

  2. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, ditukar dan dipindah milik.

  3. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Promosi ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:-
    1. Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan;
    2. Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Promosi ini;
    3. Sebarang penyertaan yang salah dihantar atau tidak diterima; dan
    4. Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan hadiah dan/atau penyertaannya dalam Promosi ini secara langsung atau tidak langsung.

  4. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Promosi ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau agensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga).

  5. Dengan menyertai Promosi ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Promosi ini dari semasa ke semasa.

  6. Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Promosi ini akan menjadi hak milik Pihak Penganjur.

  7. Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Promosi ini dengan memberi notis terlebih dahulu dilaman https://www.gardenia.com.my/ dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian hadiah, membatalkan atau menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan Peserta berterusan di dalam Promosi ini menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah). Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami.

  8. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Promosi ini, sila hubungi Hotline 012-985 1271, Isnin – Jumaat, 10 pagi - 5 petang kecuali cuti umum.