TERMA & SYARAT - GARDENIA WORLD CHILDREN’S DAY 2024 PERADUAN MEWARNA GARDENIA BIJAK AIR, BIJAK TENAGA
CARA-CARA PENYERTAAN - PERADUAN MEWARNA
Langkah 1: MUAT TURUN TEMPLAT MEWARNA
Imbas kod QR yang tersedia untuk dapatkan templat mewarna
Langkah 2: SERTAI & WARNA
Kategori A: Serlahkan kreativiti anda dengan mewarnakan mengikut tema ‘Bijak Air, Bijak Tenaga’.
Kategori B: Serlahkan kreativiti anda dengan melukis dan mewarna di ruangan kosong mengikut tema ‘Bijak Air, Bijak Tenaga’.
Langkah 3: HANTAR & TAG
Hantar karya anda di ruangan komen pada posting peraduan ini di Facebook Gardenia KL dan sertakan hashtag berikut:
#GardeniaChildrensDay2024 #GardeniaBijakAirBijakTenaga
*Pastikan profil anda ditetapkan kepada umum, supaya pihak Gardenia boleh menilai penyertaan anda.
TERMA & SYARAT PERADUAN MEWARNA
1. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd sedang menganjurkan satu Peraduan Mewarna Gardenia Bijak Air, Bijak Tenaga bersempena World Children’s Day 2024 (Peraduan Utama).
2. Berikut adalah tempoh peraduan mewarna bermula pada 20 November dan berakhir pada 15 Disember 2024 jam 11:59 malam.
3. Peraduan Mewarna Gardenia Bijak Air, Bijak Tenaga bersempena Gardenia World Children’s Day 2024 terbuka untuk semua rakyat Malaysia berumur 5 - 17 tahun, yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja (tidak termasuk Sabah & Sarawak).
4. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook dan Instagram rasmi Gardenia KL sahaja iaitu: https://www.facebook.com/GardeniaKL dan https://www.instagram.com/gardenia_kl/
5. Peraduan ini terbahagi kepada dua (2) kategori seperti berikut:
- Kategori A: Peserta berumur 5 - 12 tahun
- Kategori B: Peserta berumur 13 - 17 tahun
6. Peserta mesti mengikuti semua tiga (3) langkah CARA-CARA PENYERTAAN Peraduan Mewarna Gardenia Bijak Air, Bijak Tenaga seperti yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap dan tidak mematuhi semua terma & syarat yang diperlukan akan dibatalkan.
7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya SATU penyertaan akan dinilai dan layak memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan, jika dipilih.
8. Seramai dua puluh enam (26) pemenang akan dipilih oleh para juri berdasarkan penyertaan yang paling kreatif. Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai sehingga RM3,400 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Empat Ratus sahaja), berserta barangan eksklusif (Goody bag) Gardenia.
Jadual pemenang Peraduan Mewarna Gardenia Bijak Air, Bijak Tenaga adalah seperti di bawah:
Kategori A: 5 - 12 tahun |
Kategori B: 13 - 17 tahun |
||
Pemenang Tempat Pertama |
RM250 X 1 pemenang |
Pemenang Tempat Pertama |
RM350 X 1 pemenang |
Pemenang Tempat Kedua |
RM200 X 1 pemenang |
Pemenang Tempat Kedua |
RM250 X 1 pemenang |
Pemenang Tempat Ketiga |
RM150 X 1 pemenang |
Pemenang Tempat Ketiga |
RM200 X 1 pemenang |
Hadiah Saguhati |
RM100 X 10 pemenang |
Hadiah Saguhati |
RM100 X 10 pemenang |
CARA-CARA PENYERTAAN - PERADUAN KUIZ MINGGUAN WORD SEARCH & CROSSWORD GARDENIA BIJAK AIR, BIJAK TENAGA!
Langkah 1: Muat turun kertas kuiz (Word Search & Crossword) dan lengkapkan kesemua jawapan.
Langkah 2: Pilih 3 perkataan dan bina 3 ayat pendek.
Contoh: Sila tutup LAMPU jika tidak menggunakannya
Langkah 3: Hantar kertas kuiz yang telah lengkap sahaja, berserta nama penuh adik-adik di bahagian mesej PM (Private Message).
TERMA & SYARAT PERADUAN KUIZ MINGGUAN GARDENIA BIJAK AIR, BIJAK TENAGA!
1. Berikut adalah tempoh peraduan:
- Kuiz Mingguan 1 (Word Search) : 21 - 27 November 2024 jam 11.59 malam.
- Kuiz Mingguan 2 (Crossword) : 2 - 8 Disember 2024 jam 11.59 malam.
2. Peraduan ini terbuka untuk peserta berumur antara 5 – 17 tahun dan menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
3. Seramai dua puluh (20) pemenang akan dipilih oleh para juri berdasarkan penyertaan yang tepat dan betul. Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai sehingga RM1,000 (Ringgit Malaysia Seribu sahaja), berserta barangan eksklusif (Goody bag) gardenia.
Jadual pemenang Kuiz Mingguan Word Search & Crossword Gardenia Bijak Air, Bijak Tenaga adalah seperti di bawah:
PEMENANG |
HADIAH WANG TUNAI |
Hadiah Kuiz Mingguan 1 (Word Search) |
RM50 X 10 pemenang |
Hadiah Kuiz Mingguan 2 (Crossword) |
RM50 x 10 pemenang |
4. Pihak Gardenia KL akan membuat pengumuman pemenang di laman rasmi Facebook Gardenia KL pada:
- Kuiz Mingguan 1 (Word Search): 29/11/2024, Jumaat
- Kuiz Mingguan 2 (Crossword) : 11/12/2024, Rabu
5. Pihak Gardenia KL akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah
- Penyertaan dengan jawapan yang tepat dan betul.
- Peserta perlu mengikuti semua langkah seperti yang dinyatakan di atas. (Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN KUIZ MINGGUAN WORD SEARCH & CROSSWORD untuk maklumat lanjut).
6. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat untuk tujuan penebusan hadiah. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Nama Penuh Peserta seperti yang tertera pada Kad Pengenalan.
- Nombor & salinan Kad Pengenalan peserta dan penjaga (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Gardenia KL World Children’s Day 2024 sahaja’ pada salinan Kad Pengenalan)
- Nombor Telefon.
- Alamat e-mel.
- Nama Bank dan nombor akaun.
- Alamat rumah yang lengkap.
7. Kesemua pemenang akan menerima hadiah wang tunai (secara Online Transfer) berserta Gardenia Goody Bag. Semua pemenang yang layak akan menerima hadiah dalam masa 21 hari bekerja selepas tarikh pengumuman keputusan dibuat. Pemenang mestilah memberi maklumat bank atas nama mereka sendiri sahaja. Hadiah wang tunai adalah tidak boleh dipindah milik.
8. Sekiranya pihak Gardenia KL tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak Gardenia KL berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
9. Keputusan pihak Gardenia KL dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
10. Pihak Gardenia KL berhak untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula, melanjutkan atau menamatkan pada bila-bila masa untuk Peraduan Mewarna Gardenia Bijak Air, Bijak Tenaga & Kuiz Mingguan bersempena dengan Gardenia World Children’s Day 2024.
11. Pihak Gardenia KL tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua perkara yang akan terjadi kepada peserta sepanjang tempoh peraduan ini.
12. Pihak Gardenia KL berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar- gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik
13. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
14. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
15. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi