GARDENIA HARI HARI TUAH PUN MARI MARI 2025
TERMA & SYARAT
Peraduan Gardenia Hari-Hari Tuah Pun Mari-Mari (“Peraduan”) dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd “Pihak Penganjur”. Dengan menyertai Promosi, anda “Peserta” mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tertera seperti berikut: -
Pihak Penganjur | Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Peraduan | Peraduan Gardenia Hari-Hari Tuah Pun Mari-Mari | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tempoh Peraduan |
a. Peraduan ini berlangsung dari 1 Januari 2025 hingga 28 Februari 2025. b. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada 28 Februari 2025. Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan ini akan dibatalkan secara automatik. c. Untuk penyertaan mingguan, Penganjur akan menerima penyertaan pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada tarikh akhir setiap "Minggu Peraduan" seperti yang tertera di bawah: • Minggu Peraduan 1: 1 Januari 2025 – 10 Januari 2025; |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelayakan | Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang menetap dan beralamat tempat tinggal di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Peraduan, kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Peraduan ini. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Produk Yang Turut Serta & Jumlah Penyertaan Peraduan Yang Layak |
a. Para Peserta harus membeli mana-mana “Produk Yang Turut Serta” dengan bilangan yang ditetapkan untuk menerima jumlah penyertaan Peraduan seperti jadual di bawah.
b. Peserta dibenarkan membeli mana-mana variasi dalam kategori produk yang sama tetapi pencampuran kategori produk yang berbeza tidak dibenarkan. Sebagai contoh: • Layak: 1 pek Gardenia Puazz! Sambal Bilis & 1 pek Gardenia Puazz! Ayam Lada Hitam = 1 penyertaan. c. Pembelian pelbagai Produk Yang Turut Serta dalam satu resit pembelian dibenarkan dan jumlah penyertaan Peraduan yang layak akan diberikan secara belakang tabir. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cara-Cara Penyertaan |
a. Beli Produk Yang Turut Serta dengan bilangan yang ditetapkan seperti jadual di atas dalam satu resit pembelian semasa Tempoh Peraduan secara luar talian sahaja (in-store) dari mana-mana peruncit atau kedai di Semenanjung Malaysia sahaja. b. Imbas kod QR yang tersedia atau layari www.gardeniahariharituahmari.com. c. Lengkapkan borang penyertaan dalam talian (online) dan lampirkan gambar seluruh resit pembelian yang jelas. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tepat. d. Jawab satu soalan: Adakah Roti Putih Gardenia Original Classic keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.? (Ya / Tidak). e. Klik ‘Hantar’. Penyertaan anda diterima oleh Penganjur apabila anda menerima notifikasi bahawa penyertaan anda berjaya dihantar. f. Simpan resit pembelian asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan yang dihantar sebagai “Bukti Pembelian”. g. Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan Bukti Pembelian yang berlainan. h. Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan Bukti Pembelian yang sama kepada Penganjur. i. Sekiranya Bukti Pembelian yang sama diterima oleh Penganjur dalam pelbagai penyertaan, penyertaan yang paling awal diterima akan diambil kira. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menolak mana-mana penyertaan selepas itu dengan Bukti Pembelian yang sama, sama ada dengan nama Peserta yang lain atau sebaliknya. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hadiah-hadiah Peraduan |
Terdapat sebanyak 187 hadiah untuk dimenangi dalam Peraduan ini:
Setiap peserta layak untuk memenangi maksimum dua (2) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan: 1 x Hadiah Mingguan dan 1 x Hadiah Utama, atau |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perincian Pengadilan |
Penyertaan yang diterima akan disemak dan disahkan berdasarkan perkara-perkara berikut: a. Semua maklumat yang diminta dan diperlukan dalam borang penyertaan dalam talian (online) diisi dengan betul dan tepat. b. Gambar Bukti Pembelian yang dilampirkan menunjukkan dengan jelas Produk Yang Turut Serta dan bilangan yang dibeli, nombor resit, tarikh resit dalam Tempoh Peraduan, nilai pembelian dan nama kedai. c. Hanya resit-resit pembelian yang asal dan sah dengan maklumat dan butiran produk yang jelas dan lengkap akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, dicetak semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau kesilapan lain atau cetakan tidak jelas atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana resit tidak sah tersebut tanpa sebarang notis terlebih dahulu. d. Resit-resit manual atau tulisan tangan, resit e-dagang, pesanan pembelian dan nota penghantaran tidak akan diterima sebagai bukti pembelian. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cara Pemilihan Pemenang |
a. Hadiah Mingguan x 20 pemenang x 8 Minggu Peraduan Pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dibahagikan dengan 20.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 10,255 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 20.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 500. Maka penyertaan layak ke-500, ke-1,000, ke-1,500 dan seterusnya sehingga ke-10,000 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Mingguan setiap satu untuk Minggu Peraduan tersebut. b. Hadiah Utama x 1 pemenang Pemenang Hadiah Utama yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 2. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 45,555. Maka penyertaan layak ke-45,555 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Utama. c. Hadiah Pertama x 8 pemenang dan Hadiah Kedua x 8 pemenang Pemenang Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 16.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 16.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 5,521. Maka penyertaan layak ke-5,521, ke-11,042, ke-16,563 dan seterusnya sehingga ke-88,336 akan disenarai pendek. Daripada enam belas (16) penyertaan yang disenarai pendek, lapan (8) penyertaan yang paling awal diterima akan memenangi Hadiah Pertama setiap satu manakala lapan (8) penyertaan yang berikutnya akan memenangi Hadiah Kedua setiap satu. d. Hadiah Ketiga x 10 pemenang Pemenang Hadiah Ketiga yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 10.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 91,111 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 8,677. Maka penyertaan layak ke-8,677, ke-17,354, ke-26,031 dan seterusnya sehingga ke-86,770 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Ketiga setiap satu. e. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui nombor telefon agensi promosi 017-6632673. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. g. Pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan selepas setiap Minggu Peraduan tamat manakala pemenang-pemenang lain akan diumumkan selepas tamat Tempoh Peraduan di https://www.facebook.com/GardeniaKL dan https://www.instagram.com/gardenia_kl |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah |
a. Hadiah akan diproses untuk dihantar kepada atau dituntut oleh pemenang dalam tempoh 6-8 minggu selepas tamat Tempoh Peraduan. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini diatas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur. b. Pemenang Hadiah Utama dikehendaki untuk menuntut hadiah di ibu pejabat HABIB yang beralamat di HABIB Jewels Sdn. Bhd., Lot 106, Lorong Mamanda 2, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor, pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur. Gambar penerimaan hadiah akan diambil dan disiarkan di laman sosial media Penganjur. c. Pemenang-pemenang Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua akan menerima satu surat tuntutan hadiah dan pemenang dikehendaki menuntut hadiah masing-masing dari cawangan HABIB yang ditetapkan dalam tempoh masa yang diberikan. d. Hadiah-hadiah Ketiga akan diberikan melalui pemindahan dalam talian bank terus kepada nombor akaun bank yang diberikan oleh pemenang. Hanya akaun-akaun bank peribadi Malaysia yang sah akan diterima. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan dan pemindahan yang dibuat kepada akaun bank yang salah disebabkan kesilapan pemenang dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak betul dan/atau tidak sah. Sekiranya pemenang tidak dapat memberikan kepada Penganjur nombor akaun bank peribadi Malaysia yang sah di atas nama pemenang bagi apa jua sebab, hadiah akan dibatalkan. Hadiah tunai hanya akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemenang. Semua akaun pihak ketiga akan ditolak. Penganjur tidak akan meminta, sama ada melalui e-mel, telefon atau WhatsApp, nombor PIN, kata laluan atau butiran peribadi lain pemenang selain daripada yang dinyatakan di sini. e. Semua Hadiah Mingguan iaitu PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet akan dihantar kepada pemenang melalui WhatsApp kepada nombor telefon pemenang yang diberikan dalam penyertaan Peraduan. Penggunaan PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet tertakluk pada Terma & Syarat Touch 'n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/sections/4403827757593-Reload-PIN f. Hadiah jongkong emas dan wang tunai mesti dituntut dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh pengumuman pemenang atau notis tuntutan hadiah, yang mana lebih awal. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut akan dilupuskan oleh Penganjur. g. Untuk hadiah yang dihantar terus kepada pemenang, bukti penghantaran adalah bukti penerimaan dan penyerahan hadiah. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak diterima atau lewat. h. Peserta mungkin dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa penuntutan hadiah untuk tujuan pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh Penganjur adalah kad pengenalan Malaysia atau lesen memandu Malaysia yang sah. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri yang sah. i. Pemenang mungkin dikehendaki untuk menghadiri upacara penyampaian hadiah di Lembah Klang pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur. Kegagalan untuk hadir akan menyebabkan kelayakan pemenang dan hadiah dibatalkan. j. Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar untuk apa-apa format atas sebarang sebab. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lain-lain |
a. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang dikenakan untuk menyertai Peraduan, menghadiri upacara penyampaian hadiah dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab Peserta sepenuhnya. b. Para Peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan dan daripada tuntutan/ penggunaan hadiah. c. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut: • Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan; d. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, menukar atau mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para Peserta akan terikat dengan perubahan kepada Terma dan Syarat ini. e. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan. f. Dengan menyertai Peraduan, setiap Peserta memberi keizinan kepada Penganjur untuk menyimpan maklumat peribadi mereka dan memproses maklumat peribadi mereka untuk tujuan Peraduan, dan setiap Peserta bersetuju bahawa pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar Peserta serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan di media cetak dan media elektronik tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur. g. Penganjur akan mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan Peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan Peserta. Dengan memberi maklumat peribadi Peserta, Peserta mengakui dan mengesahkan bahawa kebenaran diberikan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen-ejen sahnya untuk menggunakan maklumat berkenaan untuk tujuan pemasaran dan promosi masa kini atau masa hadapan dan untuk menambahbaikkan produk-produk dan perkhidmatannya. Maklumat peribadi Peserta tidak akan diberikan atau dikongsi dengan pihak-pihak ketiga untuk kegunaan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila hubungi Hotline 017-6632673 melalui mesej WhatsApp sahaja, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum. |