Latar
Belakang |

Produk |
Activiti |
Perkara
   Halal  |

Resipi|
Lawatan|
Info
Kesihatan|

Penyelidikan |
Hubungi
Kami





















ENGLISH  |  B.MELAYU  |  中文版

Perlindungan Data Peribadi

Tuan/Puan

Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 mula berkuatkuasa pada 15 November 2013. Objektif PDPA ialah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Ia meliputi bidang bagaimana data peribadi anda digunakan dan apa hak yang anda ada atas penggunaan data peribadi anda. Di pihak kami, kami perlu memaklumkan anda mengapa kami mengumpul data peribadi anda, bagaimana kami menggunakannya dan berkongsi dengan mana-mana pihak lain (Jika ya, maka dengan siapa).

Kebenaran anda diperlukan untuk memproses dan menggunakan data peribadi anda. Kami percaya anda bersetuju dengan terma berkenaan di atas berkaitan pemprosesan kami dan penggunaan data peribadi anda. Kami akan terus berhubungan dengan anda dengan tawaran terbaru kami, produk dan sebarang kemaskini.

Pada bila-bila masa anda boleh membuat permintaan untuk mengakses atau menghadkan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda, termasuk untuk mengelakkan penggunaan atau pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami seperti berikut:

Jawatan:Pengurus Kanan, Jabatan Pemasaran
Alamat Emel:pdpa-marketing@gardenia.com.my
Telefon:+6-03-55423228
Fax:+6-03-55423213
Waktu Operasi:8.30 pagi – 5.30 petang Isnin – Jumaat (Kecuali Cuti Am)

Jika anda tidak menghubungi kami dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan e-mel ini, kami menganggap bahawa anda telah bersetuju dan membenarkan penggunaan berterusan dan pemprosesan data peribadi anda.

Sila klik di sini jika anda ingin membaca Notis Privasi bagi Kumpulan Syarikat Gardenia.

Terima kasih

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Ini adalah surat yang dijana komputer, oleh itu tandatangan tidak diperlukan.


Copyright@(2004-2017) Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (139386 X) All Rights Reserved. | [WebMaster]