


Berikutan Pilihan Raya Umum baru-baru ini, ada sesetengah pihak / “warga alam siber” yang memfitnah Gardenia di “Facebook” dan Internet. Kali ini pula, menyatakan bahawa harga roti Gardenia di Semenanjung Malaysia telah naik. Malahan, mereka juga melampirkan gambar perbandingan harga tertera di “kwik lok” (rujuk diatas).INI ADALAH FITNAH. Tag “Kwik lok” itu adalah daripada produk Gardenia yang berbeza; Sliced Sandwich Bun (Burger bun).
Mesej “Facebook” ini disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kebarangkalian menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu yang tidak dapat bersaing secara beretika di pasaran terbuka.
Tiada sebarang kenaikan harga jualan produk Gardenia di Semenanjung Malaysia.
Kami akan berbesar hati jika anda menyebarkan cerita sebenar kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.
Terima kasih.
gardenia i always buy your product. the best breadloaf in malaysia. i love you.
kalau naik RM 1 saya tetap bila gardenia. saya tahu nya dibuat dari bahan yang halal dari kilang melayu islam. ABC punya saya beli
Kami beli produk yang sama dgn harga RM2.10 sebelum p/raya & selapas p/raya harganya menjadi RM2.40. Bagaimana yang dikatakan fithnah..?? Harap pihak Pengurusan Gardenia membuat siasatan kekedai-kedai runcit jika ingin mendapatkan gambaran yang sebanar…

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah. Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain. Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang tiada kena mengena antara satu sama lain. GBKL memasarkan produknya di Semenanjung Malaysia sahaja.
GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah. Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya. Harganya adalah tetap. Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih.
Asyik kena fitnah jer ye… berkepuk2 pahala ts mokhtar albukhary yaa…
saya nak tanya, jika harga Gardenia di semenanjung tak naik..maksudnya Gardenia sabah yg telah menaikkan harga roti Gardenia d sabah?? mohon diperjelaskan dgn lebih teliti..TQ

hi, we love if you can bring gardenia to bintulu as there is upm bintulu campus here, students can buy bunch of gardenia.
tq
salam 1 m,sia
saya berminat utk membuka kiosk roti gardenia macam mn utk saya mendapat bekalan stok roti.?
saya ada soalan kepada pihak gardenia KL,
saya agak curious sejak dahulu lagi, berapa banyak produk gardenia kl keluarkan sekarang ye?
Hii…saya dari sabah..jika saya hendak beli cth roti krim dalam kuantiti yang byk boleh ke dari sini yea..
hi it would be happier if can get gardenia products in langkawi… mmmm….and why there’s no Gardenia products in langkawi???
salam..sy ingin mendapat kepastian tentang harga sebenar roti gardenia..terima kasih..

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=265717473475310 (Arkib PDF)
Penerjemahan: Kontrak bekalan tepung dengan FFM Federal Flour Mills telah dibatalkan oleh UMNO!
Dari mula lagi, FFM adalah rakan Gardenia. Hubungan kerja antara kilang tepung dengan kilang roti boleh diibaratkan seperti satu perkahwinan. Semua rahsia perdagangan seperti spesifikasi bahan dan resepi perlu dikongsi rapat. Dengan kehadiran pesaing baru pada tahun 1998, kami telah meminta agar FFM kekal setia kepada Gardenia kerana dari pengalaman kami, kami maklum yang rahsia kami boleh bocor kepada kilang roti yang baru. FFM memilih untuk bekerjasama dengan kilang roti baru yang memaksa kami membuat pilihan lain. Kami memilih untuk membeli tepung dari keluarga TEH di Perak melalui kilang tepung Malayan Flour Mill Berhad.
BERNAS menjadi pemegang saham utama GBKL pada tahun 2001 kerana Akta Kerjasama Industri 1975. Bagaimanapun, mereka tidak pernah masuk campur dalam sebarang operasi kami sejak hari pertama.
Jadi segala putar belit yang dilakukan untuk memboikot Gardenia bukan sahaja salah, malah amat membahayakan dan tidak bertanggungjawab kerana bermain dengan sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kami menggesa rakyat Malaysia agar sedar dan tidak membiarkan diri dieksploitasi oleh pembohongan.
we lov gardenia
Kebenaran: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah merupakan dua syarikat berbeza yang tidak ada kaitan. Kedua dua syarikat ini mempunyai polisi, pengurusan dan sistem operasi masing-masing yang amat berlainan.
Semua produk yang dihasilkan oleh GBKL adalah disahkan halal oleh JAKIM. Jawatankuasa halal dalaman GBKL yang ditubuhkan pada 1994, memantau dan meneliti semua aspek berkaitan halal secara berterusan. Jawatankuasa ini diberi kuasa penuh berkaitan perkara halal dan syariah.
Kebenaran: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd merupakan subsidiari kepada syarilat kumpulan makanan berdaftar, QAF Ltd, yang juga mengendalikan kilang roti Gardenia di Singapura dan Filipina.
DAN
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd juga merupakan syarikat bersekutu Padiberas Nasional, BERNAS.
Kebenaran: Gambar ini diambil dari satu artikel di The Telegraph, United Kingdom (PDF) pada 29 September 2010 tentang roti British. Gambar ini telah disiarkan di Facebook (PDF) jelas bertujuan jahat. Lihatlah betapa teruknya pembohongan ini.
Utk roti classic bungkusan besar terdapat perbezaan harga yg terdapat pada tag RM3.40 tapi sebenar yg dibyr adalah RM3.20. Mohon klarifikasi
En Zulkhairi,
Selalu juga pihak pekedai menurunkan harga roti dengan tujuan menarik pelanggan. Mereka percaya pelanggan yang masuk ke kedai mereka akan beli barang keperluan lain selain dari roti.