Latar
Belakang |

Produk |
Activiti |
Perkara
   Halal  |

Resipi|
Lawatan|
Info
Kesihatan|

Penyelidikan |
Hubungi
Kami





















ENGLISH  |  B.MELAYU  |  中文版
    
Program Kerja Sosial / Program Khidmat Sosial

Gardenia turut terlibat dengan aktif di dalam aktiviti-aktiviti amal. Setiap hari Gardenia menghantar roti-roti segar secara percuma ke 45 buah rumah dan pusat pertubuhan amal seperti Rumah Orang Tua, Rumah anak-anak Yatim dan juga pusat-pusat jagaan orang kurang upaya yang mana 8 diantaranya telah pun berada di dalam senarai penerima bantuan tersebut sejak tahun 1991 lagi.

| kembali ke atas
Twiggies Wagon

Sejak Tahun 2002 Twiggies Wagon telah mengedarkan Twiggies secara percuma kepada murid-murid sekolah pada acara-acara khas dan majlis tertentu. Buat masa ini program Twiggies Wagon hanya diadakan di Lembah Klang dan berdasarkan kepada permohonan sahaja. Gardenia juga sedang dalam perancangan untuk meluaskan program ini ke seluruh Semenanjung Malaysia.



| kembali ke atas
Gabungan Tenaga Bersama NADI (National Diabetic Institute)

Sebagai warga korporat , kami di Gardenia turut memainkan peranan di dalam program ”Perangi Epidemik Diabetis (Fight Against Diabetes) . Usaha bersama yang rapat diantara kami dan Institut Diabetis Kebangsaan (NADI) telah menghasilkan satu program kearah mendidik dan memupuk kesedaran dikalangan orang ramai tentang pencegahan dan pengendalian diabetis.

Kami yakin setiap individu memainkan peranan di dalam memerangi obesiti. Usaha-usaha murni ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab pengusaha pemakanan, agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela tetapi juga melibatkan pengamal-pengamal kesihatan, pengusaha kedai-kedai runcit dan juga pengguna. Peranan penting ini bukan sahaja akan membantu mempertingkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia, tetapi juga peningkatan kesihatan mereka yang menyeluruh dan untuk generasi akan datang.

| kembali ke atas
“Breadtime Story” Dan Lawatan Ke Kilang

Sejak tahun 1991 pintu kilang kami telah dibuka kepada orang ramai untuk membolehkan kami berkongsi perjalanan , aspirasi dan peningkatan kami bersama mereka. Sehingga ke hari ini kami telah mengalu-alukan kunjungan lebih dari 25,000 orang pelawat setiap tahun dan mereka telah dibawa melawat ke kilang kami secara percuma. Click for factory visit..

| kembali ke atas

Copyright@(2004-2013) Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. All Rights Reserved. | [WebMaster]